Kerjasama AirAsia Rewards dengan The Commune Mall tingkatkan pengalaman membeli-belah di Johor
Kulai, Johor, 11 SEP 2024 – AirAsia Rewards, program kesetiaan gaya hidup di bawah AirAsia MOVE, dengan bangganya mengumumkan kerjasama sebagai rakan kesetiaan utama dengan THE COMMUNE Mall, destinasi runcit terbaharu di Johor, meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dan pengembaraan serta menghubungkan antara terapi runcit dan aspirasi perjalanan.
AirAsia Rewards menawarkan akses eksklusif kepada pelbagai promosi, diskaun, dan tawaran istimewa di THE COMMUNE Mall kepada ahlinya, sementara para pembeli boleh memperoleh mata ganjaran AirAsia yang boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia, penginapan hotel, perjalanan ke lapangan terbang dan banyak lagi, menghubungkan antara terapi runcit dan aspirasi perjalanan. Berikut adalah cara pembeli boleh memperoleh mata ganjaran AirAsia Rewards di The Commune Mall:
Pembeli akan menerima 1 Mata AirAsia untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di setiap premis THE COMMUNE Mall.
Untuk Hwa Thai Supermart, pembeli akan memperoleh 1 Mata AirAsia untuk setiap RM5 yang dibelanjakan untuk barangan runcit.
Nicole Tan, Ketua AirAsia Rewards, menyatakan rasa terima kasihnya atas kerjasama ini dan keterujaan untuk berinteraksi dengan pembeli di THE COMMUNE Mall, berkata “Kami amat berterima kasih kepada pengurusan THE COMMUNE Mall atas sambutan dan kerjasama yang mesra dalam merealisasikan kerjasama ini. Tahniah atas pembukaan pusat beli-belah ini, bersama-sama, kami komited untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan yang memberi manfaat kepada pelanggan setia kami dan menyumbang kepada pertumbuhan pusat beli-belah ini. Kami yakin bahawa program kesetiaan kami akan memberi impak yang signifikan terhadap jumlah pengunjung dan kepuasan pelanggan.
Tambah beliau lagi, program kesetiaan seperti AirAsia Rewards akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan meningkatkan jumlah pengunjung, terutamanya di hab runcit baharu seperti THE COMMUNE Mall. Program ini mampu membina hubungan pelanggan yang lebih kukuh, menggalakkan kunjungan berulang dan meningkatkan penglibatan dengan penyewa pusat beli-belah.
THE COMMUNE Mall adalah sebuah pusat beli-belah baharu yang menarik dengan lokasi strategik, yang berazam untuk mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah dengan pelbagai rangkaian jenama utama di pasaran, kemudahan bertaraf dunia, dan pelbagai ganjaran menarik. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar Kulai menjadikannya mudah diakses oleh penduduk setempat, sekaligus meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka.
Terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 5 minit dari Johor Premium Outlets (JPO), dan dengan akses mudah ke lebuh raya utama, THE COMMUNE bersedia untuk menjadi hab komuniti yang dinamik.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai AirAsia Rewards, ikuti @airasiarewards dan @airasiamove di Instagram.
*** TAMAT ***
Mengenai AirAsia Rewards
AirAsia Rewards bermula sebagai program kesetiaan untuk syarikat penerbangan dan kini telah berkembang menjadi platform ganjaran gaya hidup yang komprehensif. AirAsia Rewards menyediakan cara baharu untuk ahli setianya memperoleh ganjaran di luar penerbangan. Misi AirAsia Rewards adalah untuk menjadikan Mata AirAsia sebagai mata wang kesetiaan sejagat yang lebih mudah diperoleh dan ditebus oleh semua orang. Pengguna aplikasi AirAsia MOVE boleh memperoleh mata untuk setiap transaksi yang dibuat melalui aplikasi atau laman web, serta menebusnya untuk penerbangan, penginapan hotel, perjalanan ke lapangan terbang, dan banyak lagi untuk penjimatan yang lebih besar. Keistimewaan lain termasuk akses eksklusif kepada tambang penerbangan AirAsia yang terendah, dan penukaran mata segera daripada mata bank dan mata kesetiaan lain kepada Mata AirAsia melalui AirAsia Xchange.