AirAsia tawar tambang tetap pada RM299* sehala bagi membolehkan pengundi pulang ke kampung halaman bagi pilihan raya Sabah

SEPANG, 22 Oktober 2025 - AirAsia menawarkan promosi tambang tetap selama tiga hari untuk rakyat Malaysia di Semenanjung pulang ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 29 November 2025.

Tambang tetap ini adalah hanya bagi penerbangan dari destinasi domestik utama ke Sabah antara 26 hingga 28 November 2025 dengan lebih daripada 4,300 tempat duduk merangkumi 8 laluan dan 24 penerbangan.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan; atau dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta dari Kota Bharu dan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu pada harga RM299* sehala termasuk semua caj.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut untuk menghubungkan komuniti dan menyokong rakyat Malaysia pada hari bermakna khususnya di Sabah yang merupakan salah satu pasaran domestik terpenting bagi AirAsia. AirAsia telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesalinghubungan ke negeri tersebut dengan menghubungkan rakyat Sabah dengan seluruh negara dan destinasi antarabangsa melalui tambang mampu milik, termasuk inisiatif tambang tetap musim perayaan dan FLYsiswa

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Sebagai syarikat penerbangan pilihan semua, kami sentiasa bersama komuniti yang kami layani. Pilihan raya merupakan hari yang menyatukan masyarakat untuk membentuk masa depan dan inisiatif ini adalah cara kami menawarkan perjalanan mampu milik bagi rakyat untuk pulang dan mengambil bahagian. Sabah sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam rangkaian kami dan inilah salah satu cara kami terus meraikan kembali kepada negeri ini terutama kepada rakyat dan negara.”

Penerbangan promosi ini boleh ditempah bermula hari ini hingga 26 Oktober 2025 melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala dan merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.