Ahli AirAsia rewards Kini Berpeluang Mengumpul Mata ganjaran AirAsia di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang.
KUALA LUMPUR, 26 November 2025 — AirAsia rewards mengumumkan kerjasama dengan Sungei Wang Plaza, salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Kuala Lumpur, sebagai pengembangan menarik dalam ekosistem ganjaran mereka. Melalui kolaborasi ini, ahli kini boleh mengumpul mata AirAsia bagi setiap pembelian di seluruh kedai runcit, makanan dan gaya hidup di pusat beli-belah tersebut.
Dengan setiap perbelanjaan di Sungei Wang Plaza, daripada makanan ringan sehinggalah pembelian besar, ahli berpeluang mengumpul mata AirAsia yang boleh ditebus untuk penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan, dan banyak lagi melalui seluruh ekosistem AirAsia serta rakan gaya hidupnya. Ia merupakan Cara yang lebih mudah dan berbaloi untuk semua memanfaatkan setiap pembelian harian.
Selain itu, pelancong yang berkunjung ke Malaysia juga boleh menerima bonus ‘Selamat Datang’ berupa mata AirAsia, bersama pelbagai hadiah dan baucar menarik, bagi melengkapkan pengalaman membeli-belah mereka di Sungei Wang Plaza dengan mengisi borang di kaunter informasi di Aras Bawah.
Subashini Silvadas, Ketua Pegawai Operasi di Capital A berkata, “Dengan bekerjasama bersama Sungei Wang Plaza, sebuah destinasi di mana komuniti berkumpul dan membeli-belah, kami memperluaskan cara orang ramai boleh mengumpul mata AirAsia. Matlamat kami adalah untuk membantu ahli memperoleh lebih banyak ganjaran dan menjadikan perbelanjaan harian mereka lebih bernilai. Kami sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama lain yang selari dengan visi ini”.
Mr Joseph Teo, Pengurus Besar Sungei Wang Plaza berkata, “Kami berbesar hati bekerjasama dengan AirAsia rewards bagi menawarkan nilai dan kemudahan yang lebih tinggi kepada para pengunjung kami. Kerjasama ini menyokong usaha berterusan kami untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan membawa ganjaran yang lebih bermakna kepada semua yang berkunjung ke pusat beli-belah kami.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2027, kami berbesar hati mengalu-alukan AirAsia rewards sebagai rakan strategik kami. Para pengunjung berpeluang untuk menikmati pelbagai acara menarik, keistimewaan eksklusif dan pengalaman berbaloi sepanjang kami meraikan detik bersejarah ini bersama-sama.”
Cara untuk mengumpul mata AirAsia ketika berbelanja di Sungei Wang Plaza adalah sangat mudah. Ikuti langkah-langkah berikut:
Lakukan pembelian di mana-mana kedai di Sungei Wang Plaza.
Imbas kod QR yang dipaparkan di premis atau di kaunter informasi.
Muat naik resit anda, masukkan alamat e-mel yang didaftarkan pada aplikasi AirAsia MOVE, dan klik hantar borang tersebut.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia rewards dengan mengikuti @airasiarewardsdi Instagram atau @AirAsia Rewards di Facebook. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
*** TAMAT***
About AirAsia rewards
AirAsia rewards started as an airline loyalty programme for AirAsia and has since evolved into a comprehensive lifestyle rewards platform that extends beyond flights, offering a more holistic approach to rewarding loyal AirAsia members. With a diverse range of partners spanning lifestyle, travel, and financial services categories, AirAsia Rewards has grown into one of the largest points platforms, enabling borderless earn-and-burn activities across Asean and beyond.