MOVE menambah inventori penerbangan Vietjet Air ke dalam platformnya menerusi kerjasama strategik bersama GalaxyJoy.
Kerjasama ini meningkatkan keterhubungan di seluruh Asean dan menyediakan tambang yang kompetitif untuk manfaat para pengembara.
KUALA LUMPUR, 27 November 2025 – AirAsia MOVE (MOVE), platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di rantau ini, hari ini mengumumkan kerjasama baharu dengan GalaxyJoy, platform ganjaran gaya hidup digital di bawah kumpulan pelaburan terkemuka Vietnam, Sovico. Kerjasama ini membolehkan MOVE menambah inventori penerbangan Vietjet Air ke dalam platform MOVE, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan Vietjet Air pada harga yang lebih kompetitif untuk para pengembara di seluruh Asean.
Menerusi kerjasama ini, MOVE dan GalaxyJoy akan bekerjasama rapat bagi menawarkan lebih banyak manfaat kepada para pengembara, daripada harga penerbangan yang lebih menarik dan tawaran promosi eksklusif sehingga peluang untuk mengumpul AirAsia points serta SkyPoint bagi setiap tempahan Vietjet Air yang dibuat melalui platform MOVE. Integrasi ini turut menyokong usaha berterusan MOVE dalam meningkatkan keseluruhan pengalaman perjalanan dengan menyediakan pelbagai pilihan tambahan penerbangan seperti pemilihan tempat duduk dan tambahan bagasi, semuanya dalam satu platform.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama rapat dengan GalaxyJoy, pembangun dan pengendali SkyJoy, platform ganjaran gaya hidup berpandukan penerbangan yang kukuh di Vietnam. Kerjasama ini membolehkan kami menambah penerbangan Vietjet Air yang diiktiraf ke dalam platform kami, dan kami menantikan peluang untuk berkongsi rangkaian laluan luas Vietjet Air dengan 15 juta pengguna aktif bulanan yang terus berkembang di platform MOVE. Kami berharap para pengembara dapat menikmati sepenuhnya manfaat yang ditawarkan oleh kedua-dua MOVE dan GalaxyJoy apabila mereka memilih untuk membuat tempahan melalui platform kami.”
Ms. Hoa Lan Huong, Ketua Pegawai Eksekutif GalaxyJoy, berkongsi, “Sebagai pembangun dan pengendali program ganjaran Vietjet Air, Vietjet SkyJoy, kami berbesar hati dapat memainkan peranan sebagai pengantara yang menghubungkan rangkaian penerbangan luas Vietjet dengan platform MOVE, salah satu platform agensi pelancongan dalam talian terkemuka di rantau ini. Kerjasama ini merupakan langkah penting bagi GalaxyJoy dalam memperluaskan kerjasama serantau kami di seluruh ASEAN. Dengan mengintegrasikan inventori penerbangan Vietjet Air ke dalam platform MOVE, para pengembara di seluruh ASEAN kini dapat menikmati akses lebih mudah ke rangkaian laluan Vietjet yang semakin berkembang, tambang kompetitif serta program ganjaran.”
Selain Vietjet Air, MOVE juga bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan global terkenal lain seperti Royal Brunei Airlines, Air Mauritius, Etihad dan banyak lagi. Selain itu, platform ini turut menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya. Pengguna MOVE juga dengan mudah boleh memilih daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, termasuk sambungan jarak dekat dan jarak jauh melalui perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, serta produk pelancongan tambahan lain seperti pembelian bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melawat pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyerahkan butiran mereka.
Untuk maklumat terkini, ikuti @airasiamove on Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi ini dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar dan dipertingkat.
### TAMAT###
About AirAsia MOVE
MOVE, formerly known as airasia Superapp, is the newest online travel agent (OTA) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over a million hotels worldwide, plus airport transfers, travel insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023.
About GalaxyJoy
GalaxyJoy - a member of Galaxy Holdings under Vietnam’s leading investment group Sovico, develops and operates Vietjet SkyJoy - Vietjet’s coalition loyalty program designed to bring joy by offering limitless opportunities to earn and redeem rewards in Vietnam and beyond. Since its launch in May 2023, SkyJoy has rapidly grown to over 17 million members, establishing itself as one of Vietnam’s leading airline and travel loyalty programs. Members can earn SkyPoints from Vietjet flights as well as through banking, travel, and shopping activities, and redeem them for an extensive range of rewards - from flight tickets to vouchers offered by over 250 trusted partners across travel, dining, entertainment, and retail.