Royal Brunei Airlines Melakar Langkah Baharu bersama AirAsia MOVE
Kini, para pelancong boleh menempah penerbangan Royal Brunei Airlines secara langsung di aplikasi AirAsia MOVE, menawarkan lebih banyak laluan pilihan ke Asia, Timur Tengah, Australia, dan United Kingdom.
KUALA LUMPUR, 23 April 2025 – Royal Brunei Airlines, syarikat penerbangan kebangsaan Brunei Darussalam kini menjadi rakan penerbangan langsung terbaharu di platform AirAsia MOVE, membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak rangkaian destinasi merentasi Asia, Timur Tengah, Australia dan United Kingdom. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memudahkan perjalanan dan memperluaskan pilihan buat pelancong masa kini.
Yeoh Sai Ho, Ketua Bahagian Penerbangan OTA (agen pelancongan dalam talian) AirAsia MOVE dan Noor Hidayah Abdullah, Pengurus Jualan, Semenanjung Malaysia bagi Royal Brunei Airlines telah meraikan kerjasama ini menerusi satu majlis menandatangani perjanjian di ibu pejabat AirAsia MOVE di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sempena pelancaran kerjasama ini, AirAsia MOVE dan Royal Brunei Airlines menawarkan promosi diskaun eksklusif sehingga 35% bagi penerbangan pergi balik ke destinasi seperti Brunei, Manila, Beijing, Taipei dan banyak lagi apabila anda membuat tempahan sebelum 30 April 2025. Tempoh perjalanan adalah dari 18 April hingga 30 November 2025, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan Royal Brunei Airlines ke dalam rangkaian rakan penerbangan langsung kami yang semakin berkembang. Kerjasama ini memperkayakan pilihan penerbangan untuk pengguna dan mengukuhkan komitmen kami dalam menawarkan pengalaman tempahan perjalanan yang lancar dan menyeluruh.”
Noor Hidayah Abdullah, Pengurus Jualan & Pemasaran, Semenanjung Malaysia bagi Royal Brunei Airlines turut berkongsi keterujaannya, “Kerjasama ini memudahkan akses kepada penerbangan kami dan mempertingkatkan keseluruhan pengalaman tempahan. Antaramuka aplikasi AirAsia MOVE yang mesra pengguna menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah dan efisien buat pelanggan kami.”
Selain Royal Brunei Airlines, AirAsia MOVE turut bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan terkemuka di platformnya. Pengguna juga boleh memilih daripada lebih 900,000 hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan perancangan percutian mereka, termasuk kemudahan sambungan awal dan akhir seperti pemindahan lapangan terbang serta pelbagai produk tambahan lain seperti pembelian bebas cukai atas talian, insurans perjalanan dan banyak lagi. Kesemua perkhidmatan ini disatukan dalam program ganjaran AirAsia Rewards, membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata AirAsia untuk setiap transaksi dalam aplikasi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA AirAsia MOVE boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Untuk berita dan promosi terkini, ikuti @airasiamove on Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar
### TAMAT###
About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over 900,000 hotels world-wide, plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023.
About Royal Brunei Airlines
Established in 1974, Royal Brunei Airlines (RB) is the national carrier of Brunei Darussalam. RB operates a fleet of five Boeing 787-8 Dreamliners and seven Airbus A320NEOs. From 2018 to 2020 TripAdvisor recognised RB in the Travellers' Choice Regional Airlines (Asia) for three consecutive years. In 2019, RB received a Five-Star rating from APEX, ranked 66th in the top 100 airlines, and won Four Stars at the SKYTRAX Awards. RB's commitment to safety and service was reaffirmed in 2021 with a seven-star COVID-19 safety rating from AirlineRatings.com. In 2021, RB also won Asia's and the World's Leading Cabin Crew titles from the World Travel Awards (WTA), honours it held through 2022. In 2024, Crescent Rating named RB the Muslim-Friendly Airline of the Year and was named the World's Leading Cabin Crew by WTA for the fifth consecutive year. RB was awarded 2025 APEX Best in Cabin Service & Food and Beverage Award in East Asia and Recognised as a 2025 APEX Four-Star Major Airline. As it celebrates 50 years of connecting Brunei to the world, RB continues to deliver exceptional service, grounded in the principles of care, community, and ikhlas – sincerely from the heart. For more information, visit: www.flyrb.com