AirAsia rewards Jalin Kerjasama dengan Ocard untuk Tawarkan Lebih Banyak Cara Mengumpul Mata Ganjaran AirAsia
Ahli AirAsia kini boleh memperoleh sehingga 320% mata ganjaran AirAsia bagi setiap pembelian yang dibuat di rangkaian rakan niaga Ocard di Malaysia dan Taiwan, sekali gus memperluaskan lagi cara untuk mengumpul mata untuk terbang secara percuma.
KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 – AirAsia rewards, program kesetiaan di bawah Capital A, kini telah berkerjasama dengan Ocard, sebuah platform perkongsian mata ganjaran merentas jenama di Malaysia dan Taiwan. Kerjasama ini membolehkan para ahli mengumpul mata ganjaran AirAsia dengan lebih mudah menerusi pembelian di lebih 1,000 perniagaan fizikal terpilih dalam pelbagai kategori termasuk makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan, seta lain-lain.
Ahli AirAsia hanya perlu memautkan akaun AirAsia rewards mereka dalam aplikasi mudah alih Ocard untuk mula memperoleh mata AirAsia setiap kali mereka bertransaksi di peniaga yang terpilih. Berikut adalah langkah-langkah untuk mula mengumpul mata:
Langkah 1: Muat turun alikasi mudah alih Ocard “AirAsia Rewards” sebagai jenis ganjaran yang diinginkan.
Langkah 2: Masukkan ID keahlian AirAsia dan pautkan akaun anda.
Langkah 3: Nikmati hidangan dan buat transaksi dipremis fizikal peniaga terpilih dalam rangkaian Ocard.
Langkah 4: Maklumkan kepada kakitangan bahawa anda ialah ahli Ocard dan ingin mengumpul ganjaran.
Langkah 5: Berikan nombor telefon yang dipautkan kepada aplikasi Ocard kepada kakitangan.
Langkah 6: Kumpul sehingga 320% mata ganjaran AirAsia untuk setiap pembelian dan terima mata ganjaran anda dalam akaun AirAsia dalam tempoh * hari bekerja.
*Nota: Pengiraan berdasarkan formula "Jumlah Perbelanjaan x Kadar Ganjaran". Contohnya, jika anda memilih mata ganjaran AirAsia (dengan kadar ganjaran 320%) dan jumlah perbelanjaan adalah RM20, pengiraannya ialah 20 x 320% = 64. Maka, anda akan memperoleh 64 mata AirAsia.
Kolaborasi ini menambah nilai kepada kedua-dua platform dengan mewujudkan pengalaman lancar bagi ahli AirAsia untuk mengumpul mata ganjaran AirAsia dalam pelbagai situasi, di samping memberi peluang menarik minat ahli Ocard untuk turut mengumpul mata AirAsia dan menebus lebih banyak ganjaran. Dengan kerjasama ini, ahli AirAsia kini dapat menikmati fleksibiliti yang lebih tinggi dalam mengumpul mata, sama ada ketika menjamu selera atau menikmati pengalaman kesihatan dan kecantikan, hasil daripada rangkaian peniaga Ocard yang luas.
Nicole Tan, Ketua Pegawai Perniagaan AirAsia rewards, berkata, “Kerjasama kami dengan Ocard merupakan satu langkah penting dalam usaha kami menyediakan lebih banyak cara kepada ahli AirAsia untuk memperoleh dan menikmati ganjaran. Kami berbesar hati dapat menggabungkan rangkaian peniaga Ocard yang semakin berkembang bersama AirAsia rewards, agar ahli kami dapat memanfaatkan sepenuhnya setiap pembelian, sama ada di dalam negara mahupun di Taiwan. Usaha ini juga mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menambah baik pengalaman kesetiaan ahli dan meningkatkan lagi nilai mata ganjaran AirAsia.”
Vinek Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Ocard berkata, “Ocard Rewards komited dalam membina ekosistem mata ganjaran merentas jenama, industri dan sempadan. Menerusi kerjasama dengan AirAsia ini, para peniaga mendapat akses kepada lebih 25 juta ahli di seluruh Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan trafik ke premis fizikal dan peluang mengumpul mata. Kami percaya pendekatan ini akan mendorong peningkatan perbelanjaan pelancong antarabangsa yang masuk ke Taiwan.”
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia Reward dengan mengikuti @airasiarewards di Instagram atau @AirAsia Rewards di Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
***
About AirAsia rewards
AirAsia rewards started as an airline loyalty programme for AirAsia and has since evolved into a comprehensive lifestyle rewards platform that extends beyond flights, offering a more holistic approach to rewarding loyal AirAsia members. With a diverse range of partners spanning lifestyle, travel, and financial services categories, AirAsia Rewards has grown into one of the largest points platforms, enabling borderless earn-and-burn activities across ASEAN and beyond.
About Ocard
Ocard is a leading customer relationship management and engagement platform in Asia Pacific, serving over 7,000 merchants across industries such as F&B, retail, beauty, and lifestyle services. It offers CRM, loyalty, and marketing tools through SaaS, helping brands improve customer retention. Since 2020, Ocard has operated the Ocard Rewards program, partnering with OPENPOINT, HAPPY GO, Asia Miles, and Malaysia’s S-COIN to build a cross-border, cross-industry loyalty ecosystem.