Nikmati Tawaran Pelancongan Menarik menerusi Jualan Mega 6.6 AirAsia MOVE
Diskaun hebat untuk penerbangan, hotel, pengangkutan dan barangan bebas cukai bermula dari 4 hingga 6 Jun 2025
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2025 – Jualan bulanan terbesar di aplikasi AirAsia MOVE kini kembali! Bermula dari 4 hingga 6 Jun 2025, Jualan Mega 6.6 menawarkan pelbagai promosi luar biasa untuk penerbangan, hotel, tempahan pengangkutan, barangan bebas cukai dan banyak lagi – semuanya dalam satu aplikasi. Dapatkan lebih penjimatan apabila anda membuat bayaran menggunakan kad BigPay dan dapatkan peluang untuk memenangi *pulangan tunai RM66!
Penerbangan Antarabangsa
Rebut peluang untuk menempah tiket penerbangan sehala* ke Amsterdam, London dan Kathmandu pada harga RM666 semasa waktu jualan kilat khas* yang diadakan setiap hari sepanjang tempoh promosi.. Sertai ruang sembang ‘Mega Sale’ untuk mengetahui waktu promosi berlangsung. Anda juga boleh nikmati diskaun sehingga RM166 untuk tambang sehala all-in* mana-mana syarikat penerbangan dengan kod promo MEGAMOVE.
Penerbangan AirAsia
Dapatkan tambang AirAsia serendah RM79, termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Terengganu, Singapura, Langkawi, Sandakan, Tawau, Taipei dan destinasi lain. Selain itu, nikmati potongan harga sehingga 25% untuk pakej Value Pack bagi tempoh perjalanan dari 10 Jun hingga 30 November 2025.
Hotel / SNAP (Penerbangan + Hotel)
Penggemar hotel boleh menikmati potongan RM100 menggunakan kod promo MEGAMOVE* dengan perbelanjaan minimum RM800, atau potongan RM70 dengan kod MEGA70* bagi perbelanjaan minimum RM400. Tempah penerbangan dan penginapan dalam satu pakej SNAP dan dapatkan diskaun RM166 dengan kod MEGAMOVE* semasa membuat pembayaran (perbelanjaan minimum RM1,500).
AirAsia Ride
Untuk kemudahan harian, AirAsia Ride menawarkan diskaun RM6 dengan kod YESLAR6* (perbelanjaan minimum RM21) dari 4 hingga 15 Jun 2025.
AirAsia Gifts
Manjakan diri atau insan tersayang dengan diskaun sehingga 60% untuk e-baucar terpilih* seperti Petronas, ZUS Coffee, Baskin Robbins dan Mandara Spa – eksklusif di AirAsia Gifts!
Barangan Bebas Cukai
Pengguna AirAsia MOVE berpeluang untuk mendapat potongan harga 30% bagi semua produk bebas cukai* dengan pembelian minimum RM300 menggunakan kod promo SAVE30. Juga terdapat tawaran RM66 untuk item kegemaran terpilih.
Nantikan lebih banyak kempen bulanan menarik daripada AirAsia MOVE untuk percutian anda yang akan datang.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
*Tertakluk pada terma dan syarat.