MOVE memperkukuh kehadirannya di Thailand dan menegaskan komitmen untuk menyediakan perjalanan yang mampu milik merentasi ASEAN.
BANGKOK, 5 JUN 2025 – MOVE, aplikasi tempahan perjalanan terkemuka di rantau ini, memperkukuh lagi pertumbuhannya di Thailand menerusi pelancaran slogan baharu – ‘Travel More for Less’ (Kembara Lebih Jauh dengan Kos Lebih Rendah), serta paparan rekaan istimewa pesawat di Pusat Penyelenggaraan Don Mueang (DMC), Thai Aviation Industries Co., Ltd (TAI). Inisiatif ini menandakan komitmen mendalam MOVE terhadap Thailand sebagai pasaran utama dan mengukuhkan visinya untuk menjadikan perjalanan lebih mampu milik dan inklusif untuk semua.
Sejak penjenamaan semula secara rasmi daripada AirAsia Superapp kepada MOVE pada Februari lalu, platform ini terus mencatat kemajuan pesat sebagai sebuah Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA), dengan tempahan penerbangan bukan AirAsia meningkat sebanyak 64% dan tempahan hotel melonjak sekitar 30% sejak penjenamaan semula tersebut. Selain itu, MOVE turut memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dalam aplikasinya termasuk aliran tempahan penerbangan yang lebih mudah, Chatbot yang lebih responsif, log masuk akaun lebih lancar menggunakan biometrik (Passkey), serta perkhidmatan menarik seperti Easy Cancel dan ValuePack untuk penerbangan di seluruh rantau.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Thailand sentiasa menjadi pusat pelancongan yang meriah, dan kami amat komited terhadap pasaran ini. Oleh itu, kami memilih Thailand sebagai lokasi pelancaran fasa seterusnya dalam perjalanan kami. MOVE bukan sekadar penukaran nama—ia adalah anjakan minda. Pengembara hari ini inginkan lebih daripada sekadar penerbangan. Mereka mengutamakan fleksibiliti, kemudahan dan nilai yang berbaloi. Dan itulah yang ditawarkan oleh MOVE – kembara lebih jauh, dengan kos lebih rendah.”
Pengembara kini boleh menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif seperti tempahan segera penerbangan AirAsia, penjimatan sehingga 15% untuk perkhidmatan tambahan seperti bagasi dan makanan dalam penerbangan, diskaun THB230 untuk tempahan hotel, peluang mengumpul mata ganjaran AirAsia, kemudahan membatalkan penerbangan menerusi pilihan EasyCancel, serta pengecualian caj pemprosesan untuk tempahan penerbangan AirAsia* yang dibuat di Thailand (dari 15 Mei hingga 15 Ogos 2025), selaras dengan peranan MOVE sebagai platform tempahan rasmi penerbangan AirAsia.
Namun, penawaran MOVE tidak terhad kepada itu sahaja – pengguna turut boleh menempah penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan global, akses kepada lebih sejuta pilihan hotel di seluruh dunia, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, beli-belah bebas cukai dengan penghantaran segera ke tempat duduk anda dan pelbagai lagi.
Slogan baharu ‘Travel More for Less’ yang diperkenalkan ini merupakan seruan tindakan MOVE kepada para pengembara di Thailand dan rantau ini. Ia disokong oleh rekaan pesawat khas pada pesawat Airbus A320 yang dikendalikan oleh Thai AirAsia, yang berperan sebagai simbol bergerak yang meyatukan nilai teras MOVE Dengan pengembara di seluruh rantau ASEAN.
Nadia Omer turut mengulas, “Pesawat merupakan simbol yang berpengaruh dalam Dunia penerbangan—Justeru, pesawat ini dipilih untuk membawa semangat serta aspirasi jenama MOVE merentasi ruang udara serantau. Kami ingin setiap pengembara yang melihat pesawat ini menyedari bahawa mereka kini berpeluang meneroka lebih banyak destinasi, menikmati tawaran yang lebih menarik, dan mengalami pengalaman perjalanan yang lebih bijak — semuanya melalui satu aplikasi.
Misi MOVE adalah jelas: bukan sekadar menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan mampu milik,malah memberi pengalaman yang berkesan dan menyenangkan. Seiring dengan pertumbuhan pesat di Thailand, jenama ini dilihat berpotensi untuk menjadi pilihan utama dalam kalangan pengembara yang mengutamakan nilai dan kos efektif di seluruh ASEAN.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
Tempoh tanpa caj pemprosesan: 15 Mei – 15 Ogos 2025. Sah untuk tempahan penerbangan terus bersama Thai AirAsia (FD) sahaja. Tidak termasuk laluan fly-thru atau tempahan bersama Thai AirAsia X (XJ).