ikhlas.com lancar pakej Travel dan Umrah Plus ke Türkiye, Uzbekistan
KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2025 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menawarkan pakej kembara Muslim terbaru termasuk Umrah Plus dengan itinerari lengkap (full-board) pada harga mampu milik ke Türkiye dan Uzbekistan serendah RM4,990, dengan kerjasama AirAsia X (AAX) di AirAsia Travel Fair (AATF) 2025.
Cabang gaya hidup dan kembara Muslim Capital A Berhad, ikhlas.com memperkenalkan destinasi percutian spiritual tersebut susulan pelancaran semula ikhlas.com Travel dan penerbangan terus AAX dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul (SAW) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent (TAS).
Pengunjung AATF 2025 berpeluang merebut promosi istimewa seperti Beli 3, Percuma 1 untuk pakej lawatan persendirian ke destinasi Asia Tenggara; penjimatan sehingga RM2,000 untuk pelepasan berkumpulan atau diskaun RM1,000 bagi pakej musim luruh dan musim sejuk ke Korea Selatan, Jepun atau Kazakhstan dengan tempat duduk terhad hanya untuk tempahan terus bermula 22 hingga 24 Ogos 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Inilah titik pertemuan antara Travel dan Umrah. Dengan pelancaran semula ikhlas.com Travel baru-baru ini, tawaran terbaharu ini adalah kesinambungan misi kami untuk menawarkan pakej perjalanan yang mampu milik dan menyeluruh dengan itinerari istimewa yang melangkaui laluan pelancong biasa.
“Menerusi rangkaian luas AAX yang kini menghubungkan Arab Saudi terus dari Türkiye dan Uzbekistan, ikhlas.com dapat menggabungkan ibadah umrah dengan lawatan ke destinasi yang kaya dengan warisan Islam, sekali gus memberi peluang kepada para jemaah untuk menjalani kembara rohani sambil mendalami sejarah dan warisan Islam.”
PROMOSI EKSKLUSIF IKHLAS.COM @ AATF 2025
Beli 3 Percuma 1
Rebut peluang untuk menikmati pakej lawatan persendirian (ground sahaja) ke seluruh Asia Tenggara dari serendah RM990 sehingga Mac 2026 dengan promosi terhad Beli 3 Percuma 1. Tempah 3 lawatan persendirian dan nikmati 1 lawatan persendirian secara PERCUMA!*
Diskaun RM2,000
Raikan percutian bersama keluarga ke Maldives atau destinasi lain (luar Asia Tenggara) bermula RM1,690 dengan diskaun sebanyak RM2,000 bagi tempahan untuk 4 orang.*
*Terhad untuk 50 tempahan pertama secara terus (offline) di AATF 2025 sahaja.
Pakej Musim Luruh & Musim Sejuk
Rasai keindahan musim istimewa dengan pakej percutian berkumpulan ikhlas.com ke destinasi mempesona seperti Korea Selatan, Jepun dan Kazakhstan. Nikmati pakej penuh (fullboard) bermula dari RM4,290. Bawa seorang insan tersayang dan dapatkan diskaun RM1,000 untuk setiap tempahan 2 orang.
Istimewa Uzbekistan & Istanbul
Alami budaya unik dan warisan Islam di Istanbul dan Uzbekistan dengan pakej pengembaraan istimewa ikhlas.com yang baharu. Harga bermula serendah RM2,990 untuk Istanbul dan RM5,990 untuk Uzbekistan.
Promosi ini hanya sah untuk tempahan terus (walk-in) sepanjang 3 hari acara di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre dari 22 hingga 24 Ogos 2025. Kunjungi reruai ikhlas.com di AATF 2025 untuk nikmati tawaran eksklusif, promosi istimewa serta diskaun hebat bagi pengalaman perjalanan yang lancar dan berbaloi!
Dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang direka khas bagi membantu umat Islam menunaikan tuntutan agama dengan mudah. Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (perjalanan mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan AirAsia, ikhlas.com juga memudahkan pelaksanaan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.