AirAsia terokai Alam Baru

  • AirAsia perkukuh Asean menerusi “AirAsia World” di Roblox

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2025: Sebagai jenama perintis di rantau ini, AirAsia kini meluaskan jangkauannya dalam dunia digital dengan pelancaran rasmi AirAsia World di Roblox iaitu sebuah pengalaman metaverse yang meriah dan imersif, direka untuk keseronokan dan pengembaraan digital.

AirAsia World menawarkan pemain satu pengembaraan maya yang menyeronokkan dan penuh ganjaran merentasi ASEAN, menggabungkan cabaran dengan penerokaan budaya. Dibina berasaskan dua tunjang utama iaitu Penerokaan ASEAN dan pengalaman yang menarik di mana permainan ini menampilkan kepelbagaian ASEAN dalam format yang interaktif dan menarik.

1) Penerokaan ASEAN – Para pemain berpeluang meneroka ASEAN melalui persekitaran maya yang penuh warna-warni serta elemen budaya yang menggambarkan keunikan rantau ini dalam dunia digital. Mereka kini boleh menjelajah ASEAN hanya di hujung jari sebelum mengalaminya sendiri dalam dunia realiti.

2) Pengalaman yang berbaloi – Pengalaman ini merangkumi permainan mini, catatan jurnal dan kemas kini bermusim — menawarkan insentif menarik kepada pemain sambil mereka meneroka dan mempelajari tentang ASEAN dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif.

AirAsia World merupakan kesinambungan kerja usaha  pasukan Pembangunan IP dalam meneroka ruang hiburan, susulan pelancaran berjaya siri AirAsia Buds Adventures di YouTube dan penganjuran tahun ketiga cabaran pembangunan permainan RedGames Jam.

Permainan ini dibangunkan oleh AirAsia Brand Co. (Abc), Objekk dan Lumiworks Sdn Bhd, melalui geran IP 360 Metaverse daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang merupakan satu inisiatif yang dirangka untuk merancakkan pelaburan nasional serta peluang pembangunan bagi pencipta dan studio berpangkalan di Malaysia dalam penciptaan kandungan digital dan teknologi kreatif.

Roblox ialah permainan dalam talian percuma yang membolehkan pengguna bermain dan mencipta permainan mereka sendiri, dengan jutaan permainan ciptaan pengguna yang dikenali sebagai ‘experiences’, merangkumi pelbagai genre seperti perlumbaan hinggalah ke permainan peranan.

Para pemain kini boleh mencari “AirAsia World” di Roblox untuk memulakan pengembaraan mereka. Cari “AirAsia World” di Roblox hari ini!

PETA AIRASIA WORLD

Para pemain boleh menikmati dan merasai pengalaman melalui 2 peta mini.

1) AirAsia Central:

Sebuah hab untuk permainan mini dan kandungan ciptaan pengguna yang boleh diterokai. Bersaing bersama rakan-rakan anda melalui AirAsia Ride Grand Prix di trek yang unik untuk dapatkan masa terpantas di sekitar trek yang belum pernah diterokai.

Dapatkan pengalaman menerbangkan pesawat melalui AirAsia Pilot Academy tempuhi halangan dan cabaran untuk mengumpul mata tertinggi!

2) Asean Island:

Rebut peluang untuk melancong secara maya  ke sekitar rantau Asean menerusi Asean Island serta terokai pelbagai lokasi menarik di Asia Tenggara menerusi  permainan alam maya. 

Cipta watak anda di Roblox dan nikmati hidangan Santan yang diinspirasikan daripada menu sebenar di dalam pesawat AirAsia.

AIRASIA BRAND CO.

AirAsia brand co. bertanggungjawab sepenuhnya memelihara harta intelek yang dibangunkan untuk kumpulan Capital A dengan fokus terhadap penciptaan, pengurusan, pelesenan dan penguatkuasaan jenama AirAsia. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembinaan jenama daripada cap dagang, identiti visual, serta kandungan dan produk jualan.

Ikuti saluran @airasia untuk pelbagai informasi mengenai Roblox menerusi AirAsia World!