AirAsia Media Sokong Kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan Kempen Kesedaran Serantau.
KUALA LUMPUR, 19 September 2025- AirAsia Media, cabang media pelancongan Capital A, dengan bangganya melancarkan kempen media bersepadu 360° bagi menyokong usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 melalui inisiatif Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia di Kementerian Luar Negeri.
Dengan memaparkan logo Pengerusi ASEAN secara jelas pada pesawat serta keseluruhan ekosistem pelancongannya, termasuk dalam katalog barangan bebas cukai AirAsia MOVE, paparan digital di aplikasi dan laman web MOVE, balutan kereta (car wrapping) AirAsia Ride, iklan tablet dalam kereta yang baru diperkenalkan, penglibatan KOL dan banyak lagi. AirAsia Media berjaya mencipta jutaan paparan berimpak tinggi. Usaha ini mengukuhkan peranan utama Malaysia, sambil meraikan kebanggaan bersama terhadap kejayaan negara, serta menonjolkan kehebatan komuniti kita dan semangat kerjasama serantau kepada dunia.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan Oktober ini bakal membawa perwakilan, pemimpin dan pengunjung dari dalam dan luar rantau ke Kuala Lumpur, menjadikan pendekatan menyeluruh seluruh negara amat penting. Kempen ini membuktikan sokongan padu seluruh negara terhadap mesej utama Malaysia iaitu ‘Inklusiviti dan Kelestarian’, yang menegaskan keyakinan kita bahawa tiada siapa yang akan diketepikan dalam usaha mencapai kemakmuran serantau, sekali gus mencerminkan komitmen mendalam Malaysia terhadap solidariti ASEAN dan potensinya.
Mahek Shah, Ketua AirAsia Media berkata, “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan sebuah kempen yang benar-benar menyeluruh dan menyentuh setiap aspek dalam perjalanan pelancongan. Dari udara dengan pesawat ikonik kami, hinggalah ke darat melalui AirAsia Ride, kami berjaya mencipta jutaan paparan berimpak tinggi.
“Kerjasama ini menonjolkan keupayaan unik AirAsia Media dalam melaksanakan kempen bersepadu menyeluruh merentasi pelbagai platform, daripada dalam talian hingga luar talian (O2O) yang berupaya membina hubungan bermakna serta meningkatkan kesedaran di seluruh Asia Tenggara hingga ke peringkat global.”
About AirAsia Media: AirAsia Media is the exclusive travel media division of Capital A. It offers a unique advertising ecosystem that connects brands with millions of travelers through a wide range of assets, including aircraft liveries, in-flight aircraft branding, in-flight sampling, in-flight activations, digital platforms like the AirAsia MOVE app & web, on-ground mobility solutions with AirAsia Ride and sponsored travel content.
Contact: To learn how AirAsia Media can help your brand achieve new heights, contact us at ads@airasia.com and follow AirAsia Media on Linkedin for updates.