MOVE tambah Air Macau ke dalam rangkaian rakan penerbangannya
Tawaran eksklusif di aplikasi MOVE bersempena pengumuman ini
Terbang dan jelajahi Macau, Tanah Besar China serta pelbagai lagi destinasi menarik di Asia bersama Air Macau!
KUALA LUMPUR, 10 September 2025 – Dengan keunikan pesona Portugis dan sentuhan Eropah, Macau membawa pelbagai pengalaman unik dalam satu destinasi. AirAsia MOVE (MOVE) kini bekerjasama dengan Air Macau, sebagai rakan penerbangan rasmi di platform MOVE. Kerjasama ini bukan sahaja membuka lebih banyak pilihan perjalanan ke destinasi menarik di Macau, Tanah Besar China dan seluruh Asia, sekali gus memudahkan perancangan perjalanan yang lebih lancar untuk para pengembara, malah turut menyokong sasaran pelancongan Macau untuk menarik 39 juta pelawat menjelang tahun 2025.
Bagi meraikan kerjasama ini, pengguna MOVE boleh menikmati keistimewaan terbang bersama Air Macau dari Kuala Lumpur ke Macau dengan tiket penerbangan serendah RM470 apabila membuat tempahan melalui aplikasi AirAsia MOVE. Harha promosi ini boleh ditempah mulai sekarang hingga 12 September 2025, bagi tempoh perjalanan dari 1 September 2025 hingga 7 Februari 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, Nadia Omer berkata, “Macau merupakan sebuah destinasi yang menjanjikan pengalaman istimewa dengan gabungan budaya, gastronomi, hiburan dan warisan. Kehadiran Air Macau sebagai rakan penerbangan rasmi di platform MOVE membuka ruang untuk kami menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar, di samping peluang menerokai bandar istimewa ini dengan penawaran terbaik. Kami teruja kerana dapat menjadikan Macau lebih mudah diakses oleh pengguna kami sambil menyokong aspirasi pelancongan bandar tersebut.”
Howard Zhu, Pengurus Besar Air Macau Kuala Lumpur, berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MOVE dalam usaha menghubungkan lebih ramai pengembara dari Malaysia dan ASEAN, serta destinasi lain ke Macau, serta memudahkan mereka merancang perjalanan hanya dengan satu aplikasi.”
Dan berikut sedikit tip perjalanan, simpan pas masuk penerbangan Air Macau anda untuk menikmati pelbagai keistimewaan dan faedah menarik semasa berada di Macau! Hanya tunjukkan dalam tempoh tujuh hari selepas ketibaan untuk menikmati pelbagai ganjaran, termasuk diskaun makanan, baucar membeli-belah, tawaran istimewa di resort, serta promosi eksklusif bagi aktiviti di SKYPARK Macau Tower.
Selain Air Macau, MOVE juga bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan global terkemuka termasuk Royal Brunei Airlines, Air Mauritius, Etihad dan banyak lagi. Di samping itu, MOVE turut menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sah di platformnya. Pengguna MOVE juga boleh dengan mudah memilih daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, selain kemudahan pengangkutan pergi dan balik lapangan terbang, serta pelbagai produk perjalanan tambahan seperti membeli-belah bebas cukai secara dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melayari pautan ini untuk maklumat lanjut dan menghantar butiran mereka.
Ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi MOVE di Apple App Store, Google Play Store, and Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan lancar.
###TAMAT###
About AirAsia MOVE
MOVE, formerly known as airasia Superapp, is the newest online travel agent (OTA) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over a million hotels worldwide, plus airport transfers, travel insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023.
About Air Macau
Air Macau is a regional international airline based in Macao. Since Air Macau was officially established on September 13, 1994, it has always been adhered to the spirit of ‘Fly With Passion’ and is committed to becoming a more dynamic airline with higher service standards and providing customers with high-quality passenger transport and cargo shipment services. Air Macau has been operating safely for 30 consecutive years and has a young aviation fleet of 22 all-Airbus aircrafts including new A320NEO and A321NEO aircrafts. As base airline of Macao SAR, Air Macau takes Macao SAR as center and connects Macao to the whole world. While striving to become the most popular airline in Asia, Air Macau makes great efforts to provide a smooth air bridge for Macao's ‘1+4’ moderately diversified developments.