MOVE menjalin kerjasama dengan Air Arabia, bagi memperluaskan rangkaian perjalanan tambang rendah ke seluruh dunia
KUALA LUMPUR, 19 Januari 2026 – Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, AirAsia MOVE (MOVE), memulakan tahun ini dengan mengumumkan kerjasama global pertama bersama syarikat penerbangan bagi tahun 2026 dengan Air Arabia, pengendali syarikat penerbangan tambang rendah pertama dan terbesar di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Menerusi kerjasama ini, Air Arabia telah memberi kebenaran kepada MOVE untuk mengedarkan inventori penerbangannya di platform MOVE, sekali gus menghubungkan jutaan pengguna kepada rangkaian penerbangan luas Air Arabia merangkumi Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah, Caucasus dan Asia Tenggara secara langsung. Kerjasama ini mengukuhkan komitmen berterusan MOVE dalam menjadikan perjalanan lebih mampu milik untuk semua, di samping menyokong pertumbuhannya sebagai agensi pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di rantau ASEAN dan peringkat antarabangsa.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan Air Arabia sebagai rakan kongsi baharu dalam rangkaian syarikat penerbangan langsung kami yang semakin berkembang. Kerjasama ini memperkukuh misi kami untuk menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan yang dipercayai dan mampu milik kepada pengguna. Ia juga mencerminkan komitmen kami dalam menghubungkan para pengembara merentas rantau dengan pengalaman ‘Travel More For Less’.”
Selain Air Arabia, MOVE turut bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan global terkemuka termasuk Royal Brunei Airlines, Vietjet Air dan Etihad. MOVE juga menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sah di platformnya. Di samping penerbangan, platform ini menyediakan akses kepada lebih satu juta hotel, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, pembelian bebas cukai dalam talian, tiket acara langsung, insurans perjalanan dan pelbagai lagi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melayari pautan ini untuk maklumat lanjut dan menghantar butiran.
Untuk perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi ini di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery bagi pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.
*** TAMAT ***