AirAsia raikan sambutan Hari Deepavali dengan menawarkan tambang istimewa ke pelbagai destinasi
SEPANG, 26 OKTOBER 2026 – Sempena perayaan Deepavali, AirAsia menawarkan tambang istimewa* ke pelbagai destinasi menarik termasuk Langkawi, Bali, Ahmedabad, Amritsar, Trivandrum, Maldives, Seoul dan Melbourne.
Tawaran ini memberi peluang kepada para tetamu untuk meraikan Deepavali bersama keluarga dan insan tersayang atau merancang percutian ke destinasi pilihan, sambil mencipta kenangan bermakna sepanjang musim perayaan.
Tempoh Tempahan: 26 Oktober – 1 November 2026
Tempoh Perjalanan:
Ahmedabad: 25 Oktober 2026 – 31 Ogos 2027
Amritsar: 2 Disember 2026 – 30 September 2027
Laluan lain: 2 November 2026 – 30 September 2027
Nikmati pengalaman perjalanan yang lebih fleksibel dan selesa dengan tawaran tambahan berikut:
Fleksibiliti: Nikmati pengecualian yuran pertukaran tarikh sekali sahaja** sekiranya perlu mengubah rancangan perjalanan, tanpa dikenakan yuran pemprosesan.
Kemudahan: Nikmati diskaun sehingga 30 peratus*** untuk Value Pack yang merangkumi keperluan perjalanan seperti bagasi daftar masuk, hidangan dalam penerbangan, pemilihan tempat duduk dan banyak lagi.
Rancang perjalanan seterusnya dengan tawaran eksklusif menerusi aplikasi AirAsia MOVE dan laman web airasia.com. Lebih banyak destinasi, lebih penjimatan dan lebih banyak sebab untuk terbang bersama AirAsia!
Saksikan video muzik eksklusif Deepavali AirAsia yang menampilkan penyanyi dan pelakon Mugen Rao, meraikan semangat kebersamaan dan kegembiraan sempena Pesta Cahaya. AirAsia mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, keharmonian dan kenangan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang.
*Termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api dan fi lain yang berkenaan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja.
**Perbezaan tambang mungkin dikenakan.
***Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal menerusi AirAsia MOVE sahaja, tertakluk pada ketersediaan.
**END**