AirAsia galakkan keamanan dan hubungan perjalanan melalui kempen ‘Give Peace a Chance’

SEPANG, 8 April 2026 – AirAsia hari ini melancarkan kempen ‘Give Peace a Chance’ bagi mengukuhkan misi syarikat penerbangan tersebut dalam memudahkan perjalanan dan berpatutan. Kempen ini dilancarkan semasa ketidaktentuan situasi global yang mempengaruhi cara hidup, bekerja dan corak perjalanan.

Tony Fernandes, Pengasas Bersama AirAsia berkata, “Kami lega mendengar berita mengenai gencatan senjata. Asas penubuhan syarikat penerbangan AirAsia adalah bagi menghubungkan masyarakat dari pelbagai tempat. Selama 25 tahun, kami telah mendekatkan dunia dengan menghubungkan komuniti, merapatkan jurang antara negara, dan membawa orang ramai lebih dekat dengan detik serta insan bermakna buat mereka. Hari ini, misi tersebut membawa makna lebih mendalam. Keamanan adalah sesuatu yang semua orang ingini, sama ada antara komuniti atau ketenangan dalam diri sendiri. Mengembara dan memulakan perjalanan mempunyai cara unik untuk mewujudkan ketenangan. Ia membolehkan orang berhubung semula, melihat perspektif baharu, serta mengambil masa untuk berehat dan berfikir. Apabila dapat bersua muka, kita membina kefahaman dan mengurangkan perbezaan. Sebab itu, hubungan perjalanan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang mewah. AirAsia mahu memastikan keperluan asas untuk memulakan perjalanan, berhubung dan ketenangan yang datang yang hadir bersama sentiasa mampu dinikmati oleh semua. Kami akan terus menghubungkan dunia dan memberi ketenangan.”

Para pelancong boleh menikmati pelbagai destinasi dalam rangkaian luas AirAsia dengan tambang menarik serendah RM59* untuk penerbangan jarak dekat dan jauh. Destinasi jarak dekat termasuk Johor Bahru, Pulau Pinang, Phuket, Ho Chi Minh City, Shenzhen, Wuhan dan Trivandrum, serta banyak lagi pilihan di rantau Asean.

Bagi yang merancang percutian lebih jauh, kempen ini turut merangkumi tambang rendah bagi bandar terkemuka seperti Taipei, Osaka, Seoul, Changsha, Chengdu, New Delhi, Melbourne dan Sydney. Kempen ini adalah bagi memudahkan perancangan percutian pendek atau percutian lebih panjang ke destinasi luar negara yang lebih jauh.

Tempahan boleh dibuat dari sekarang hingga 14 April 2026, untuk perjalanan antara 20 April 2026 hingga 27 Mac 2027, memberi masa yang mencukupi untuk merancang percutian, menziarah keluarga atau percutian spontan.

Untuk penjimatan lebih, pelanggan yang menempah melalui aplikasi AirAsia MOVE boleh menikmati diskaun tambahan 30% untuk add-on Value Pack, pelengkap perjalanan supaya lebih lancar dan berbaloi.

Untuk tempahan, layari airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE dan mula merancang percutian anda dengan tambang berpatutan.

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj peraturan, surcaj bahan api dan caj lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

— Tamat —