AirAsia tawar tambang rendah untuk meneroka Asean, Eurasia dan destinasi lain

Tempah sekarang dan nikmati diskaun sehingga 25 peratus* untuk penerbangan di laluan terpilih

SEPANG, 13 Julai 2026 – AirAsia terus menawarkan perjalanan mampu milik dengan tawaran diskaun sehingga 25 peratus* untuk penerbangan ke pelbagai destinasi di Asia dan Eurasia. Kini tiba masanya untuk merealisasikan impian percutian anda dengan tambang rendah AirAsia, membolehkan anda meneroka lebih banyak destinasi dengan lebih berbaloi.

Tempoh Tempahan:

Mulai hari ini hingga 19 Julai 2026

Tempoh Perjalanan:

27 Julai 2026 hingga 30 Jun 2027

Laluan Pilihan:

  • Terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Makassar, Kolkata, Kaohsiung, Phu Quoc, Osaka dan banyak lagi destinasi menarik!

  • Nikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dengan Premium Flatbed AirAsia X yang memenangi anugerah ke London (melalui Bahrain, bermula 27 Ogos 2026), Chongqing, Taipei, Istanbul, Almaty, Melbourne, Sydney dan pelbagai destinasi lain!

Manfaat Tambahan:

  • Perubahan rancangan saat akhir? Terbang dengan lebih fleksibel. Nikmati lebih fleksibiliti dengan kemudahan perubahan penerbangan sekali sahaja** tanpa yuran pemprosesan tambahan

  • Jimat sehingga 30 peratus* untuk tambahan perjalanan apabila anda memilih Value Pack! Nikmati penjimatan hebat untuk keperluan perjalanan seperti bagasi daftar masuk 20kg, pemilihan tempat duduk standard, hidangan dalam penerbangan dan banyak lagi – semuanya dalam satu pakej yang mudah dan berbaloi.

Mulakan pengembaraan seterusnya dengan tambang penerbangan istimewa, eksklusif menerusi aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com. Terokai lebih banyak destinasi dengan harga lebih berbaloi!

*Diskaun terpakai untuk tambang asas sehala bagi laluan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perbezaan tambang akan dikenakan, tertakluk kepada terma dan syarat.

***Sah untuk tempahan pertama melalui aplikasi AirAsia MOVE sahaja, tertakluk kepada ketersediaan dan terma serta syarat.