AirAsia Academy dan Carsome jalin kerjasama merapatkan jurang bakat teknologi untuk wanita melalui kempen #RatuTech

(Keterangan gambar: (Dari kiri ke kanan) Pengasas Bersama Carsome dan Pengarah Carsome Academy, Teoh Jiun Ee; Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes; dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng, semasa lawatan AirAsia Academy ke ibu pejabat Carsome.)

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 - AirAsia Academy, cabang pendidikan RedBeat Capital di bawah Capital A Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat unikorn teknologi dan automotif terkemuka di Malaysia, Carsome untuk membangunkan kemahiran teknologi yang boleh dipasarkan untuk golongan wanita yang kurang berkemampuan melalui kempen #RatuTech. Kempen ini bukan sahaja menggalakkan para wanita untuk mengasah kemahiran yang boleh dipasarkan, malah mengembangkan peluang ekonomi mereka, mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan, memperkukuh jaringan perhubungan, berkembang secara individu dan memperoleh manfaat melalui teknologi.

Sempena kerjasama itu, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng, telah mengadakan perjumpaan di ibu pejabat Carsome di Petaling Jaya. Eric telah berkongsi perjalanan Carsome daripada sebuah syarikat kecil dengan hanya lima pekerja kini telah berkembang menjadi platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, mengambil ilham daripada kejayaan tokoh keusahawanan dan pengasas yang dihormati seperti Tan Sri Tony sendiri. Carsome juga mempunyai rancangan untuk mengembangkan platform digital masing-masing melalui kempen #RatuTech ini.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Visi AirAsia Academy dalam menjadikan pendidikan mudah diakses, mampu milik dan inklusif adalah sejajar dengan misi Capital A iaitu untuk menawarkan perkhidmatan dan mendemokrasikan perkhidmatan kepada semua golongan. Kami berbesar hati kerana pemain industri teknologi terkemuka di Malaysia seperti Carsome, telah meletakkan kepercayaan kepada platform pendidikan teknologi digital kami serta menyokong usaha kami dalam mendidik dan membudayakan generasi celik teknologi dalam kalangan wanita generasi baharu, dan pada masa yang sama, mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka.”

Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome berkata, “Sebagai sebuah syarikat teknologi yang sedang pesat berkembang di Asia Tenggara, Carsome memahami bahawa terdapat kekurangan bakat teknologi dalam memenuhi jurang permintaan pekerjaan yang semakin meningkat dalam industri STEM. Justeru, kami berbesar hati untuk menyokong AirAsia Academy dalam memperluaskan bakat digital mereka dengan membantu wanita-wanita ini mengakses pendidikan, latihan, atau jaringan perhubungan yang dapat membantu mereka menceburi karier dalam industri teknologi. Kami sedang giat meneroka peluang pekerjaan untuk para graduan RatuTech kerana kami yakin mereka akan lebih berdaya maju dan cekap selepas mengikuti kursus digital di AirAsia Academy.”

Aireen Omar, Presiden (Ventures) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy berkata, “Kami berbesar hati kerana Carsome sudi menyokong inisiatif ini untuk menangani kekurangan wanita dalam industri teknologi, dan kami yakin mereka dapat memberikan nilai tambahan di syarikat mereka pada masa hadapan. Kami terinspirasi oleh para wanita yang telah mengikuti kursus-kursus kami di bawah kempen ini yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang. Antara peserta kami adalah seorang ibu yang juga seorang suri rumah yang telah berjaya mengembangkan perniagaannya serta menceburi karier baharu untuk membiayai perniagaannya, pelajar dengan masalah pendengaran yang berusaha untuk meningkatkan kemahiran teknologi digital untuk mengatasi cabaran fizikal yang dihadapinya dan ramai lagi.”

Mereka adalah sebahagian daripada 200 orang wanita daripada latar belakang yang kurang bernasib baik dan golongan B40, yang mengikuti kursus asas digital termasuk Analisis Data, Pemasaran Digital, Keselamatan Siber, Infrastruktur Pengkomputeran Awan dan Kejuruteraan Perisian, untuk menjadi penganalisis data, pemasar digital, pakar dalam teknologi awan serta pakar keselamatan siber. Beberapa penaja lain termasuklah Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Google Cloud serta Yayasan Peneraju.

Layari https://airasiaacademy.com/ untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang disediakan oleh AirAsia Academy.

***

About AirAsia Academy 

AirAsia Academy is a one-stop tech, leadership and innovation academy aimed at supercharging the digital economy within the ASEAN region. Together with Google Cloud, AirAsia Academy is disrupting the conventional education space by bridging the gap between Tertiary Education and Advanced Industries within the ASEAN region.

AirAsia Academy fills in the vacuum that has existed in the past decades by up-skilling and re-skilling the workforce with what’s relevant in the industry today, making our students highly employable, simultaneously equipping them with skill sets required for the modern era.

Launched in October 2020, AirAsia Academy has worked with various Non-government Organisations (NGOs) to reskill their staff in software engineering, blockchain and data. The Academy also set up the BINA Digital Programme in collaboration with Google to help small and medium-sized enterprises (SMEs) digitise their businesses where over 1,000 SMEs have been trained thus far.