airasia academy, MyCreative Ventures jalin kerjasama memperkasa pembangunan diri dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya

KUALA LUMPUR, 16 November 2023 – airasia academy, cabang teknologi pendidikan dan kepimpinan Capital A, telah mengumumkan ia secara rasmi menjalin kerjasama dengan MyCreative Ventures, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia yang dimandatkan untuk menyokong industri kreatif tempatan, dalam memperkasa pembangunan diri dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya. Kerjasama ini juga adalah sebahagian usaha syarikat itu dalam meningkatkan kecekapan pasaran pekerjaan di Malaysia dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja tidak formal dan masa hadapan dalam mendapatkan pekerjaan formal di dalam landskap pekerjaan dinamik hari ini, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). 

Program Bina Kerjaya akan menawarkan peluang latihan khusus kepada tenaga kerja kreatif Malaysia dalam pelbagai bidang, termasuk pemasaran digital, kejuruteraan perisian, infrastruktur awan, keselamatan siber, analisis data dan ekosistem produktiviti Google. Melalui kerjasama ini, para peserta akan mendapat akses kepada pendidikan komprehensif yang akan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.

Sebagai rakan strategik dalam usaha ini, MyCreative Ventures akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan Program Bina Kerjaya, di samping menyokong usaha pemasaran dalam menjayakan program ini.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Aireen Omar, Presiden (Pelaburan & Usaha Niaga) Capital A berkata: "Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka peluang untuk setiap individu. Sejak penubuhan kami, airasia academy telah memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dalam sektor pendidikan konvensional dengan menawarkan pilihan yang lebih mudah untuk kursus yang mempunyai permintaan tinggi, terutamanya dalam menyokong keperluan Malaysia untuk mengisi kekosongan IR 4.0. Kami berhasrat untuk menyumbang lebih banyak, terutamanya melalui perkongsian strategik bersama-sama MyCreative Ventures ini, dalam memastikan bakat kreatif Malaysia memperoleh kebolehpasaran yang tinggi serta berpengetahuan dalam kemahiran teknologi, selaras dengan perkembangan medium kreatif pada masa kini.”

Zainariah Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures berkata: “Kami berbesar hati untuk menjadi rakan strategik airasia academy dalam Program Bina Kerjaya ini. Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam menyokong industri kreatif di Malaysia, kami memahami kepentingan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang relevan supaya mereka berupaya menjadi tenaga kerja kreatif yang lebih pelbagai dan mampan untuk masa hadapan. Industri kreatif di Malaysia dipenuhi dengan bakat serta potensi yang besar, dan ia menjadi tanggungjawab kami untuk memupuk dan menyokong generasi profesional kreatif akan datang. Kerjasama dengan airasia academy ini membolehkan kami memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi dalam memperkasakan rakyat Malaysia, dan kami mengalu-alukan impak positif yang akan dibawa oleh kerjasama ini pada masa hadapan.”

airasia academy dan MyCreative Ventures juga menyatakan hasrat masing-masing untuk meneroka inisiatif kolaborasi lain selain Program Bina Kerjaya ini pada masa hadapan, sejajar dengan objektif bersama mereka dalam mempromosikan pembangunan diri dalam kalangan warga Malaysia.

airasia academy mengalu-alukan para penggiat industri kreatif, pihak berkepentingan dalam ekonomi gig, serta rakan-rakan media untuk bersama-sama syarikatnya dalam melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir dan berkemampuan. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif teknologi pendidikan serta program yang ditawarkan, layari airasiaacademy.com

***TAMAT***

About airasia academy 

airasia academy is Asean’s fastest growing edutech platform that provides an affordable, accessible and inclusive ecosystem which aims at bridging talent gaps to build a future-proof digital savvy nation. The platform features learning solutions such as On-Demand Learning (ODL), a vault of videos ranging from basic to advanced tech content to personal growth, financial literacy, something for the kids and more, accredited Instructor-Led Training (ILT) for in-demand tech courses such as Digital Marketing, Cloud Infrastructure, Data Analytics, Software Engineering and Cybersecurity to the Learning Management System (LMS) which streamlines and elevates the learners journey empowering community learning and growth.

About MyCreative Ventures

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”/“MyCreative Group”) was established with the objective of advancing Malaysia's creative industry through strategic and innovative investment. Incorporated in 2012, MyCreative is a wholly owned subsidiary of the Ministry of Finance (Incorporated) under the supervision of the Ministry of Digital Communications Malaysia (KKD). The MyCreative Group continues to support the creative industry through the introduction of its brands, RIUH and CENDANA in 2017.

Following the opening of the creative sector, the MyCreative Group's focus is enhanced to drive Malaysia's orange economy through strategic ecosystem development initiatives, through innovative financing and investment assistance, in order to achieve the main objective of increasing the economic contribution from the creative sector.

Media Contacts

Capital A Berhad

Alya Zulaikha

Communications

nuralyazulaikha@airasia.com; communications@airasia.com  | +6011 62954695

airasia academy

Diyana Anuar

Brand & Marketing

diyana@airasiaacademy.com 

MyCreative Ventures

Gina Subki

Manager, Communications and Branding 

gina@mycreative.com.my | +6012 3177366

Aliff Zainordin

Strategic Communications

aliff@mycreative.com.my| +6017-917 8068

Alexandra Nastassia John

Strategic Client Engagement, Partnerships, & Media Buying Lead, Borneo Digital 

alexandra@borneodigital.co | +6014 9922026