AirAsia Aviation Group umum barisan Ahli Lembaga Pengarah

Barisan Ahli Lembaga Pengarah baharu ini menyokong tadbir urus korporat yang teguh untuk kumpulan syarikat penerbangan

SEPANG, 23 Mac 2022 -  AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), kumpulan syarikat penerbangan Capital A, mengumumkan secara rasmi penubuhan ahli lembaga pengarah yang baru dibentuk selepas pengumuman Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif.

Pengumuman barisan ahli lembaga pengarah khusus untuk kumpulan syarikat penerbangan ini mencerminkan strategi pertumbuhan baharu AAAGL dan syarikat portfolio pelaburan syarikat penerbangan berkaitan. 

Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi AAAGL berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan barisan ahli lembaga pengarah AAAGL hari ini, terutamanya kerana kami kini bersedia untuk kembali terbang tinggi dalam pasaran domestik dan antarabangsa utama kami. Setiap ahli lembaga dipilih dengan teliti untuk memastikan kami mempunyai gabungan pengalaman, bakat, jantina dan budaya yang tepat untuk terus memacu AAAGL terus ke hadapan. Barisan ini hanyalah pengenalan dan kami akan menambah ahli lain untuk melengkapkan pasukan syarikat tidak lama lagi.”

Barisan Ahli Lembaga Pengarah yang diumumkan hari ini adalah:

Suvabha Charoenying, 58 tahun
Warganegara: Thai

Cik Suvabha Charoenying merupakan salah seorang pakar pelaburan terbaik di rantau ini dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam Pasaran Modal di Thailand termasuk 23 tahun dalam perbankan pelaburan, 6 tahun dalam pengurusan aset dan dana serta 6 tahun sebagai pegawai pinjaman dengan beberapa institusi kewangan terkemuka di Thailand.

Pada masa ini beliau masih berkhidmat di pejabat Suruhanjaya Bursa Sekuriti Thailand (SEC) dan menganggotai salah satu Jawatankuasa Pengarah Kecil di institusi tersebut. Beliau juga kini berkhidmat di Bursa Saham Thailand (SET) dalam Jawatankuasa Kecil Pelaburan Kelestarian Thailand (THSI). Sepanjang 20 tahun yang lalu, Cik Suvabha telah menumpukan sedikit masanya sebagai pensyarah yang meliputi topik dalam kewangan korporat, urus tadbir korporat dan pengurusan aset peribadi.

Lim Serh Ghee, 62 tahun
Warganegara: Singapura

Encik Serh Ghee menyertai perniagaan aeroangkasa kumpulan Singapore Technologies Aerospace Ltd (ST Aerospace) pada tahun 1984. Beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan, dan memegang jawatan Presiden sektor Aeroangkasa dari 2014 hingga 2020. Encik Serh Ghee memainkan peranan penting dalam pertumbuhan global yang berterusan untuk sektor aeroangkasa, termasuk secara strategik memindahkan sektor aeroangkasa ke dalam pembuatan peralatan asal sistem nacelle enjin pesawat panel lantai komposit serta pengembangan tambahan keupayaan penukaran Penumpang-ke-Kargo ST Aerospace. Encik Serh Ghee juga merupakan bekas Ketua Pegawai Operasi Singapore Tech Engineering Ltd.

Mr. Francisco Ed. Lim, 67 tahun
Warganegara: Filipina

Encik Lim adalah pakar dalam bidang undang-undang korporat dan litigasi serta dihormati sebagai penasihat korporat strategik yang terkemuka dalam industri. Beliau juga menerajui pasukan yang mengendalikan beberapa urusniaga berkaitan pasaran modal terbesar di Filipina. Encik Lim telah diterima masuk ke Majlis Peguam Filipina pada tahun 1981 dan merupakan ahli Majlis Peguam Cawangan Cagayan. Beliau berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Saham Filipina (PSE) dari 2004 hingga 2010. Beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kecil Peraturan mengenai e-Dagang dan Notari Awam Mahkamah Agung. Encik Lim telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 Peguam Teratas Filipina pada 2021 oleh Jurnal Undang-undang Perniagaan Asia.

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, 55 tahun
Warganegara: Malaysia

Tan Sri Norza Zakaria ialah seorang Akauntan Bertauliah dan Felo CPA Australia. Beliau aktif dalam pengurusan sukan di Malaysia dan memupuk atlet negara melalui jawatannya sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara, Bendahari Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia, Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia dan ahli lembaga Majlis Sukan Negara (MSN).

 Tan Sri Jamaludin Ibrahim menambah: “Selain memanfaatkan kebangkitan semula sektor perjalanan udara dan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kami turut teruja dengan masa depan syarikat portfolio kami yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dalam ekosistem Capital A dan seterusnya dengan menubuhkan syarikat perkongsian dan usaha niaga baharu di seluruh Asean.” 

Nota:

  • Cabang perunding syarikat penerbangan - AirAsia Consulting, bakal bekerjasama dengan syarikat penerbangan pihak ketiga pertamanya 

  • Restoran Santan dan perkhidmatan korporat bersama - AirAsia SEA, akan terus berkembang sejajar dengan permintaan pengguna yang lebih kukuh dalam sektor pelancongan 

  • Usahasama perkhidmatan darat - GTR, sedang meneruskan perbincangan untuk menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada penerbangan AirAsia, tetapi juga kepada syarikat penerbangan lain di seluruh rantau ini.

“Kecuali Bo Lingam yang memegang jawatan eksekutif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL, ahli lembaga pengarah yang lain semuanya terdiri daripada pengarah bebas dan berpengalaman luas dalam industri masing-masing dan membawa bersama kepelbagaian untuk memastikan tadbir urus korporat yang teguh dan pengawasan strategik yang kukuh. 

“Ini adalah masa yang tepat untuk mengumumkan ahli lembaga pengarah AAAGL yang berasingan daripada ahli lembaga pengarah Capital A, kerana ia akan membawa syarikat penerbangan kami dan perniagaan portfolio yang berkaitan ke tahap baharu pada masa hadapan.”

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited berkata: “Pengumuman hari ini akan terus memperkukuh kumpulan syarikat kami. Ini adalah permulaan bagi pemulihan kami daripada pandemik semasa dan penting untuk pengembangan syarikat. Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan barisan ahli lembaga pengarah baharu kami untuk memacu salah satu jenama syarikat penerbangan terkemuka di Asia dan menjadikan syarikat portfolio kami yang terkemuka dalam industri tersendiri.”