AirAsia bakal pacu ketibaan pelancong ke Malaysia pada 2024 melalui inisiatif tempat duduk PERCUMA*

Terbang ke Malaysia pada harga berpatutan dengan diskaun sehingga 50% bagi Penerbangan + Hotel

Bercuti dengan tenang dengan diskaun 30% Insurans Kelewatan Penerbangan dan tambahan lain

SEPANG, 16 Oktober 2023 – AirAsia, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, telah mengukuhkan komitmennya untuk terus merangsang industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 melalui inisiatif tempat duduk PERCUMA* yang bertujuan menjadikan perjalanan udara mudah diakses oleh semua. 

Terokai destinasi terbaik Malaysia dan terbang ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan banyak lagi dari RM25* sehala termasuk semua dan nikmati keindahan destinasi terkemuka Asean seperti Bali, Krabi, Phnom Penh, Phu Quoc, Bangkok dan banyak lagi dari RM80* sehala termasuk semua. 

Bagi mereka yang ingin mengembara lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269* semua dalam sehala untuk tempat duduk Ekonomi. Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac 2024 dan 12 Februari 2025.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited berkata: “Pada awal tahun ini, kami telah melancarkan kempen Tempat duduk PERCUMA* pertama kami pada tahun ini dengan lima juta kerusi. Sejak itu, kami telah menerbangkan lebih 37 juta pengembara merentasi rantau ini dari Mac hingga minggu pertama Oktober.

“Hari ini, kami berbangga untuk menggandakan tawaran dan berharap untuk meningkatkan industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 sama seperti yang telah kami lakukan tahun ini. Kami telah kembali kepada kedudukan kami yang sebelumnya, dan memandangkan kami menyasarkan untuk mengembalikan kesemua 204 buah pesawat kami menjelang akhir tahun ini, kami akan terus mengembangkan rangkaian kami dengan kukuh dengan laluan baharu dan memulihkan laluan merentasi Asean dan seterusnya.”

Bercuti dengan tenang dengan tawaran 30 peratus diskaun untuk Insurans Kelewatan Penerbangan* yang menawarkan pampasan secara sekali sahaja sebanyak RM200 jika penerbangan tertunda sekurang-kurangnya dua (2) jam dari tarikh berlepas yang dijadualkan atau mana-mana waktu berlepas baru. Selain itu, nikmati potongan 30 peratus pilihan tempat duduk untuk penerbangan AirAsia X (D7), serta diskaun 10 peratus untuk makanan dalam penerbangan yang ditempah awal untuk semua penerbangan yang ditempah semasa tempoh promosi.

Lengkapkan pengalaman perjalanan dengan tawaran yang lebih berpatutan sehingga 50 peratus diskaun untuk kombo Penerbangan dan Hotel. Selain itu, nikmati diskaun sehingga 50 peratus daripada mana-mana hotel di seluruh dunia dan dapatkan POTONGAN RM3 x 2 perjalanan dengan kod promo MOVEMY apabila anda menempah perjalanan airasia di airasia Superapp, yang akan dinamakan semula kepada airasia MOVE tidak lama lagi.

*Domestik: tambang sehala termasuk semua bermula dari RM25. Antarabangsa: tambang sehala termasuk semua bermula dari MYR 80. Termasuk cukai lapangan terbang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.
**Ditaja jamin oleh Rakan Kongsi Insurans Tune Protect. Tersedia untuk penerbangan AirAsia (AK, FD, QZ, Z2) kecuali AirAsia X (D7 & XJ). Tertakluk kepada terma dan syarat lain.