AirAsia bangga sokong inisiatif Kementerian Pengangkutan tawar tambang tetap untuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Terbang pulang pada tambang tetap RM346 ke Sarawak dan RM352 ke Sabah sehala termasuk semua cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg

SEPANG, 19 Mac 2023 - AirAsia berbangga untuk menyokong inisiatif Kementerian Pengangkutan bagi menawarkan penerbangan pada tambang tetap sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai akan datang antara 27 dan 31 Mei 2023.

Terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah pada tambang tetap RM352 termasuk semua* sehala antara 27 dan 29 Mei 2023 dan ke Sarawak pada tambang tetap RM346 termasuk semua sehala antara 29 dan 31 Mei 2023. Semua tambang penerbangan termasuk cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg yang tertera “bagasi percuma“ untuk dipilih semasa membuat tempahan. Tambang tetap ini tersedia untuk tempahan bermula 20 hingga 31 Mei 2023.

AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Sebagai syarikat penerbangan yang telah memastikan ketersediaan tambang tetap secara konsisten semasa beberapa musim perayaan lalu, kami berbesar hati untuk menyokong inisiatif ini sekali lagi, melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Selain menyokong inisiatif ini, kami juga akan menambah penerbangan komersial tambahan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sibu untuk menambah kapasiti bagi kedua-dua destinasi tersebut dalam tempoh perayaan ini. Syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X yang mengendalikan pesawat berbadan lebar yang lebih besar juga akan mengendalikan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk memastikan tambahan kapasiti tersedia bagi memenuhi peningkatan permintaan.

“Kami memuji inisiatif kerajaan untuk menyediakan subsidi bagi 5,534 tempat duduk AirAsia dan AirAsia X supaya kami boleh menawarkannya pada tambang tetap untuk musim perayaan akan datang dan sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami akan terus menyokong inisiatif sedemikian pada masa hadapan.”

Para tetamu yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) bagi mengelakkan kesesakan. Para tetamu juga amat digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas yang dijadualkan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan bagi pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Para tetamu yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (Terminal 2) digalakkan untuk mendaftar butiran mereka bagi perkhidmatan FACES di airasia Superapp untuk pelepasan pra-keselamatan dan menaiki penerbangan dengan lancar tanpa perlu mengemukakan pas masuk mereka.

Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Superapp dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

Tarikh perjalanan dengan tambang tetap ke Sabah:

Tarikh perjalanan dengan tambang tetap ke Sarawak:

*Tambang tetap promosi ini adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api, dan hanya untuk penerbangan tertentu. Tertakluk pada ketersediaan tempat duduk. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.