AirAsia catat jualan lebih 1 juta bagi kempen Tempat Duduk PERCUMA*nya

Purata 10,000 tempat duduk dijual setiap jam
4 juta tempat duduk PERCUMA* masih tersedia untuk pembelian
Tambang terendah, perkhidmatan terbaik & rangkaian terluas di Asean

SEPANG, 16 Februari 2023 - Kempen Tempat Duduk Percuma* pertama AirAsia bagi tahun ini yang baru dilancarkan pada Jumaat lalu, bertujuan untuk memacu industri pelancongan di rantau Asean, telah terbukti sebagai salah satu pencapaian terbesarnya setakat ini, di mana 1.2 juta tempat duduk terjual bagi penerbangan jarak pendek dan panjang dalam masa kurang daripada seminggu.

Masih terdapat hampir 4 juta tempat duduk lagi tersedia untuk tempahan secara eksklusif di airasia Super App dan laman web sehingga Ahad ini untuk perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023. Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ pada airasia Super App atau website untuk membuat tempahan.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA* yang telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, adalah sebahagian daripada komitmen AirAsia dalam menyokong misi Kementerian dalam mengukuhkan Malaysia sebuah negara pelbagai tarikan dan destinasi, serta memacu industri pelancongan di rantau ini.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA* ini telah mencatatkan satu lagi rekod jualan untuk AirAsia, di samping menjadi antara kempen yang paling dinantikan oleh para pelancong di dalam dan sekitar Asean. Syarikat penerbangan itu dijangka akan menerbangkan 69 juta tetamu setiap tahun di mana ia akan memberikan rangsangan yang sangat dialu-alukan kepada sektor pelancongan di Malaysia dan Asean

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Melihat kejayaan AirAsia yang berterusan mencatatkan rekod jualan dan berjaya mengatasi jangkauan semua pada setiap tahun telah memotivasikan saya untuk berusaha dengan lebih keras untuk melangkah keluar dari fasa pandemik dengan lebih teguh, dan hari ini kami telah mencapai satu lagi kejayaan yang penting untuk kami raikan bersama. Amat mengagumkan bagi kami untuk melihat permintaan yang begitu kukuh di seluruh destinasi di rantau Asean dan kempen jualan ini telah membuktikan bahawa AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan orang ramai. Seperti yang mereka katakan, saiz adalah penting! Apabila kami katakan lebih besar dan lebih baik, ia lebih daripada sekadar angka kerana ia termasuk tambang kami yang amat rendah, prestasi tepat masa (OTP) yang lebih baik dan komitmen penuh kami sebagai sebuah kumpulan dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang dipertingkatkan kepada jutaan tetamu kami yang sentiasa memilih untuk terbang bersama kami. Kami ingin menjadi lebih daripada sebuah ‘syarikat penerbangan tambang rendah’, tetapi kami ingin menjadi sebuah syarikat yang memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan sentiasa berinovasi untuk mendengar serta memenuhi keperluan para tetamu. Anda sentiasa boleh bergantung kepada kami untuk menjadi lebih besar dan lebih baik.”

Para pengembara telah mula mendapatkan tempat duduk PERCUMA* untuk ke destinasi jarak pendek popular dan kegemaran mereka seperti Langkawi dan Pulau Pinang di Malaysia, Phuket dan Krabi di Thailand serta Bali, Indonesia.

Tempat duduk ke destinasi AirAsia dan AirAsia X yang lain juga tersedia untuk tempahan pada kadar yang berpatutan berikutan permintaan yang kukuh. Mulai RM99*, para tetamu telah menempah percutian mereka ke Chennai, Kolkata, Hong Kong dan Kepulauan Maldives, serta destinasi jarak sederhana dan jauh seperti Taipei, Seoul, Perth, Melbourne pada serendah RM329*.

Bagi mengukuhkan lagi komitmennya dalam menawarkan pengalaman penerbangan yang lebih baik untuk para tetamunya, AirAsia turut melancarkan Insurans Kelewatan Penerbangan* yang pertama dalam industri yang dibawakan oleh Tune Protect. Ia menawarkan bayaran sekali sahaja sebanyak RM200 jika penerbangan ditangguhkan selama sekurang-kurangnya dua jam dari waktu berlepas yang dijadualkan atau mana-mana waktu berlepas baharu. Ia kini tersedia secara PERCUMA kepada semua tetamu yang menempah penerbangan mereka dari 10 hingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023. Insurans akan tersedia untuk pembelian bermula 20 Februari 2023 daripada RM10 (sehala) atau RM14 (pulangan) di airasia Super App dan laman web. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay secara eksklusif untuk menyediakan tuntutan automatik yang dikreditkan ke akaun pengguna BigPay dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk tetamu yang menerima Insurans Kelewatan Penerbangan* percuma.

Ikuti perkembangan terkini tentang penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi mengikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

*TEMPAT DUDUK PERCUMA adalah tidak termasuk cukai lapangan terbang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
*Tertakluk kepada ketersediaan
**Tuntutan ini terpakai untuk tetamu yang menerima pemberitahuan kelewatan daripada AirAsia dalam masa 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan mereka atau mana-mana waktu berlepas baharu. Pengguna BigPay akan menerima tuntutan mereka dalam akaun BigPay mereka dalam masa tiga (3) hari bekerja berdasarkan nombor telefon mudah alih mereka. Pengguna bukan BigPay perlu menyerahkan tuntutan mereka kepada Tune Protect dengan mengklik pautan ini. Untuk terma dan syarat penuh sila rujuk di sini.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat