AirAsia dan HYROX bersama menyatukan komuniti kecergasan di seluruh Asia Pasifik melalui pengalaman perjalanan yang lebih bermakna

Merangkumi lebih daripada 15 destinasi di seluruh Asia Pasifik, kerjasama ini dijangka akan menghubungkan komuniti HYROX yang semakin berkembang dengan lebih 250,000 penglibatan atlet pada tahun 2026.

SEPANG, 23 Januari 2026 – AirAsia hari ini secara rasmi melancarkan kerjasamanya dengan HYROX APAC, menandakan satu kolaborasi yang menggabungkan kecergasan, gaya hidup dan pelancongan bagi menghubungkan komuniti di seluruh Asean dan seterusnya.

Berteraskan kepercayaan bersama terhadap keterangkuman, kebolehcapaian dan kekuatan komuniti, kerjasama ini membuktikan komitmen AirAsia dan HYROX dalam menyokong pergerakan kecergasan yang berkembang pesat di rantau ini. Kerjasama ini membolehkan atlet, peserta dan peminat HYROX untuk melakukan perjalanan dengan lancar ke destinasi utama, sekali gus menjadikan perjalanan sebagai pemangkin kepada pengalaman bermakna dan aspirasi bersama.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial AirAsia X berkata, “Sukan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada DNA AirAsia yang selaras dengan nilai kami iaitu ‘Dare to Dream’. Sejak penubuhan kami, kami telah bekerjasama dengan platform sukan global yang terkenal, daripada bola sepak Asean hingga Sukan SEA, Ultimate Fighting Championship (UFC), dan acara AirAsia RedRun yang diperkenalkan tahun lalu. Kerjasama kami dengan HYROX tiba pada waktu yang tepat, apabila kecergasan menjadi pergerakan gaya hidup global. Dengan rangkaian AirAsia merangkumi lebih 130 destinasi dan AirAsia MOVE sebagai saluran rasmi bagi tempahan penerbangan dan hotel, kami dapat menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar kepada semua orang dengan sukan yang diminati. Melalui kerjasama ini dengan HYROX, kami berharap dapat meneruskan misi kami untuk menyatukan komuniti keseluruhannya.”

Dengan kerjasama ini, AirAsia dan HYROX akan melancarkan satu siri inisiatif komuniti dan aktiviti di lokasi fizikal selain hari perlumbaan, bagi melibatkan komuniti kecergasan serta menekankan perjalanan untuk gaya hidup aktif. AirAsia juga bekerjasama dengan beberapa gimnasium yang terpilih yang menawarkan latihan HYROX bagi komuniti berkenaan. Pasaran utama yang menjadi fokus termasuk Osaka (Jepun), Bangkok, Singapura, Hong Kong, Incheon (Korea Selatan) dan lain-lain, dengan destinasi tambahan di seluruh rantau akan disokong akan kerjasama ini. Semua peserta yang mendaftar bagi perlumbaan HYROX terpilih bersama AirAsia pada tahun 2026 juga akan menerima diskaun eksklusif sebanyak 10 peratus untuk penerbangan dalam tempoh yang ditetapkan semasa pendaftaran awal bersama HYROX, sekali gus memudahkan mereka untuk memberi tumpuan kepada perlumbaan dan menikmati pengalaman sepenuhnya.

Gary Wan, Pengarah Urusan HYROX APAC, berkata: “HYROX lebih daripada sekadar perlumbaan, ia merupakan satu gaya hidup dan sukan yang dibina atas asas komuniti, konsistensi dan aspirasi bersama. Bekerjasama dengan AirAsia membolehkan kami menyokong atlet dan peminat kami dengan lebih baik melalui kemudahan perjalanan di seluruh rantau, sambil mengukuhkan kehadiran HYROX di pasaran utama.”

Semasa majlis pengumuman rasmi hari ini, AirAsia dan HYROX juga memperkenalkan rekaan pesawat khas bersama berjenama bertemakan ‘Keep Moving, Keep Rising’, menandakan permulaan kerjasama yang menarik antara kedua-dua jenama. Lebih daripada sekadar pencapaian kerjasama, rekaan khas ini membuktikan kepercayaan bersama terhadap pergerakan, kemajuan dan kuasa perjalanan untuk menghubungkan serta memberi inspirasi kepada komuniti kecergasan di seluruh Asean  dan seterusnya.
Menerusi kalendar HYROX 2026, AirAsia tampil sebagai rakan kerjasama utama bagi dua acara di rantau ini iaitu AirAsia HYROX Jakarta dan AirAsia HYROX Kuala Lumpur. Sebagai tuan rumah buat pertama kalinya, kedua-dua ibu kota ikonik ini akan menyambut ribuan atlet dan penonton, menjadikan perlumbaan lebih meriah dan  bertenaga

  • AirAsia HYROX Jakarta: 6 hingga 7 Jun 2026 di Nusantara International Convention Exhibition (NICE)

  • AirAsia HYROX Kuala Lumpur: Disember 2026

Selain daripada pencapaian ini, AirAsia akan terus memainkan peranan penting sepanjang musim tahun 2026 dengan menyokong acara HYROX melalui pengalaman perjalanan yang bersepadu dan inisiatif berfokuskan komuniti yang akan diumumkan kemudian pada tahun ini, memperkukuhkan komitmen bersama untuk menghubungkan komuniti kecergasan merentasi sempadan.

HYROX telah membina komuniti yang kukuh di peringkat global melalui perlumbaan kecergasan berskala besar yang telah menghimpunkan ramai atlet dan peminat kecergasan dari pelbagai latar belakang. Di seluruh Asia Pasifik, HYROX telah menganjurkan acara di 10 destinasi yang menarik lebih 196,000 peserta setakat ini, membuktikan minat yang semakin berkembang di rantau ini terhadap kecergasan dan kesejahteraan.

Kerjasama AirAsia-HYROX selaras dengan peningkatan berterusan dalam perjalanan berasaskan sukan dan gaya hidup, meletakkan kedua-dua jenama ini seiring  dengan kecergasan, komuniti dan mobiliti. Disatukan oleh misi bersama untuk memperkasakan komuniti dan menjadikan pengalaman lebih bermakna serta mudah diakses, AirAsia dan HYROX berhasrat untuk menawarkan perjalanan yang bermakna di seluruh rantau ini. Maklumat lanjut mengenai perlumbaan HYROX yang akan datang boleh rujuk di sini.

*** TAMAT ***

Mengenai HYROX

HYROX merupakan satu ekosistem global yang merangkumi acara, latihan dan bimbingan yang direka untuk memberi inspirasi dan memberi impak kepada 100 juta orang. Dibina mengikut format perlumbaan unik iaitu 8 x 1 km larian dan 8 stesen latihan, HYROX telah menetapkan piawai yang tertinggi dalam pertandingan kecergasan dan kini ke arah pengiktirafan Olimpik. Dengan menghubungkan komuniti kecergasan di seluruh dunia melalui kuasa transformasi latihan dan pertandingan, HYROX menjadi nadi budaya kecergasan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.hyrox.com.