AirAsia dinamakan rakan rasmi Piala Davis oleh Rakuten Madrid Finals

DCMF-Composite-Air-Asia-Landscape.png

Kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia akan mengukuhkan hubungan antara tenis bertaraf dunia dan Asia Tenggara

MADRID, 25 September 2019 – Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan Kosmos Tennis hari ini mengumumkan AirAsia sebagai rakan rasmi Piala Davis oleh Rakuten Madrid Finals untuk 2019.

Kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia akan mengukuhkan hubungan antara tenis bertaraf dunia dan Asia Tenggara, dan pada masa yang sama mempamerkan dan mempromosikan rantau dan destinasi uniknya.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group berkata, "Format baharu Piala Davis menambah dimensi baharu untuk sukan ini, menginspirasi dan menolak sempadan untuk pemain, negara mereka dan jutaan penggemar tenis di seluruh dunia. Berkongsi dan menyokong minat tetamu kami sentiasa menjadi kunci kejayaan kami sebagai sebuah jenama, dan kami sangat teruja untuk terlibat dalam Final Piala Davis tahun ini oleh Rakuten.

"Final Piala Davis juga merupakan lanjutan daripada portfolio penajaan sedia ada kami yang kini merangkumi Liga Papan Luncur Air Sedunia, Liga Bola Keranjang Asean dan UFC. Kami berharap dapat membawa jenama kami dan rantau ini ke Madrid pada akhir tahun ini dan berharap satu hari nanti, kami akan melihat Asia Tenggara menjadi tuan rumah kepada Final Piala Davis.

David Haggerty, Presiden ITF menambah, "ITF gembira untuk mengalu-alukan AirAsia sebagai rakan rasmi Final Piala Davis. Kami amat berbesar hati untuk bekerjama dengan jenama premium yang mengiktiraf nilai persaingan yang berprestij ini, dan mengalu-alukan peluang mempromosikan Piala Davis, dan sukan tenis, ke pasaran global.”

Javier Alonso, Ketua Pegawai Eksekutif Kosmos Tenis juga berkata, "Menjadikan AirAsia di kalangan rakan kongsi utama kami memperkuatkan unjuran antarabangsa Final Piala Davis. Perkongsian ini membolehkan kami mendekati rapat dengan masyarakat Asia, mencapai kehadiran bertaraf global untuk persaingan. Matlamatnya adalah untuk menjadikan tenis sukan untuk semua dan Final Piala Davis dapat diadakan di semua benua."

Piala Davis oleh Rakuten Finals bermula dengan fasa kumpulan - Isnin hingga Khamis - dengan pasukan terbahagi kepada enam kumpulan terdiri daripada tiga pemain, yang akan berdepan satu sama lain. Pemain terbaik setiap kumpulan dan dia pemain terbaik yang lain - berdasarkan jumlah permainan set dan pertandingan dimenangi - akan memenuhi syarat untuk mara ke peringkat suku akhir. Juara akan dinobatkan selepas tamat fasa penyingkiran pada Khamis hingga Ahad.

Untuk video komentar Tony, sila muat turun di sini.

News, EnglishGuest UserMadrid