AirAsia Foundation dan REXKL rai Hari Malaysia dengan festival Made-in-Malaysia

03-MIM_post_poster-MALAY.jpg

KUALA LUMPUR, 10 September 2019 - AirAsia Foundation dengan kerjasama REXKL akan menganjurkan festival percuma Made-in-Malaysia dari 14 hingga 15 September 2019 sempena meraikan Hari Malaysia.

Bertempat di REXKL, di tengah-tengah lokasi bersejarah Kuala Lumpur, festival tersebut akan mengetengahkan pelbagai tarikan kebudayaan Malaysia sebagai satu wadah tumpuan. Lebih daripada 20 aktiviti unik yang menarik ditawarkan termasuk bengkel Tarian Singa kanak-kanak, kelas seni mempertahankan diri, kelas kaligrafi dan kelas masakan juadah tempatan. Selain itu, terdapat juga aktiviti bersama Duta Makanan Pelancongan Malaysia Datuk (Dr) Chef Wan serta pengarah filem Tan Yew Leong, ahli muzik dan komposer Pete Teo, serta pengarah filem dokumentari Indrani Kopal.

Bukan sekadar acara hujung minggu, festival Made-in-Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia serta mempamerkan negara kita yang berbilang kaum sebagai tarikan yang pelbagai kepada para pelancong.

Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation Yap Mun Ching berkata, “Festival ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Dengan mempromosikan budaya yang berbeza dan memupuk semangat kemasyarakatan, kami berharap untuk mewujudkan suasana di mana semua rakyat Malaysia berganding bahu untuk maju ke hadapan dan berjaya.”

REXKL, di 80 Jalan Sultan, Kuala Lumpur, merupakan sebuah bangunan ikonik yang dikenali sebagai Pawagam Rex, kini telah diubah menjadi sebuah hab kreatif dan keusahawanan pelbagai budaya. Ia juga merupakan hab AirAsia Foundation Destination: GOOD, sebuah butik yang mengetengahkan lebih 400 jenis barangan yang dihasilkan secara beretika daripada lebih 30 buah perusahaan sosial di rantau Asean. Bukan sekadar sebuah butik, Destination: GOOD bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dan melancong secara mampan, selain menjadi sebuah hab bagi memupuk kerjasama antara usahawan sosial Asean dan perusahaan berasaskan komuniti. 

06 MIM_schedule-Malay.jpg

***

Mengenai AirAsia Foundation

AirAsia Foundation is committed to helping build an ASEAN Community of the future by advocating social entrepreneurship, equal opportunity, and innovation. As the philanthropic arm of the AirAsia Group, it provides social enterprise grants to empower underprivileged individuals, and supports projects that preserve and revive the region’s unique cultural heritage. Since its establishment in 2012, it has funded 26 social enterprises, creating an impact in the lives of over 2,500 direct beneficiaries.

Mengenai REXKL

REXKL, previously the iconic Rex Cinema, aims to give the surrounding community a new lease on life by repurposing the disused building as a space for events, theatre, exhibitions, performances, screenings, library facilities, workshops, retail, and F&B. The upgrades and reassignment of space within the building will work hard, not just to be aesthetically pleasing, but also useful to the community.

Malaysia, News, EnglishM AKuala Lumpur