airasia fresh kini dilancarkan di Singapura

  • Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum $40

  • Diskaun $15 untuk 100 pesanan pertama dengan kod promosi SGD15FRESH

  • Nikmati kadar komisen 0% pada bulan pertama untuk peniaga baharu

SINGAPURA, 6 Julai 2021 - airasia super app kini menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit di Singapura dengan pelancaran airasia fresh hari ini, sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusannya di Kota Singa itu, setelah berjaya memperkenalkan platform penghantaran makanannya, airasia food pada bulan Mac.

Bersempena dengan pelancaran ini, pengguna airasia super app dapat menikmati diskaun sebanyak $15 untuk pembelian barangan runcit dengan menggunakan kod promosi SGD15FRESH dari 6 hingga 12 Julai, terhad kepada 100 pesanan pertama. Para pelanggan juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum hanya $40 mulai sekarang hingga 26 Julai. 

Untuk membuat pesanan, klik pada ikon ‘Fresh’ di airasia super app atau layari airasia.com/fresh/sg/en

Selain daripada promosi airasia fresh, nikmati pelbagai tawaran berterusan sempena jualan airasia Super Sale yang sedang berlangsung sekarang sehingga 11 Julai 2021 dengan tawaran sehingga 75% di seluruh 400 hotel dan diskaun 30% untuk pesanan makanan daripada peniaga terpilih dengan perkhidmatan penghantaran percuma!

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Setelah berjaya memperkenalkan airasia food pada bulan Mac yang lalu, airasia super app kini menawarkan alternatif baharu kepada pengguna di Singapura untuk memesan barangan runcit mereka dengan nilai yang lebih baik. Pada masa yang sama, kami terus memberi sokongan kepada para peniaga terutamanya perniagaan kecil untuk mendigitalkan operasi perniagaan dan mempelbagaikan aliran pendapatan mereka. Para peniaga airasia fresh di Singapura juga ditawarkan kadar komisen 0% sebagai pengenalan untuk bulan pertama dan kadar komisen yang rendah untuk bulan seterusnya. Sebagai komitmen berterusan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk berkualiti tinggi, kami menawarkan penghantaran pada hari yang sama untuk semua pesanan yang dibuat sebelum jam 12:00 tengah hari sepanjang tahun. Kami berharap untuk terus memberikan khidmat terbaik di Singapura dalam usaha pengembangan perniagaan kami di pasaran ini.

Imbas untuk mendaftar sebagai peniaga di airasia super app.

Imbas untuk mendaftar sebagai peniaga di airasia super app.

“Untuk memberikan para pelanggan lebih banyak pilihan yang lebih baik, kami berharap untuk mendaftar lebih ramai peniaga untuk menjadi sebahagian dari airasia super app di Singapura. Sama ada anda ingin menjual produk segar, barangan runcit, dan pelbagai keperluan harian di airasia fresh, atau restoran dan pengendali makanan dan minuman di airasia food, para peniaga yang berminat boleh mendaftar dengan mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi secepat mungkin untuk maklumat lanjut.”

Peniaga di platform e-dagang airasia super app juga boleh memanfaatkan usaha pemasaran dan kempen yang dijalankan oleh airasia untuk mendapat lebih ramai pengunjung di laman perniagaan dalam talian mereka dan seterusnya meningkatkan jualan mereka.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan penghantar bersama-sama pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar dengan mengisi borang ini.