AirAsia kerjasama dengan HYROX, membawa tahap kecergasan ke peringkat lebih tinggi
SEPANG, 23 Oktober 2025 – AirAsia mengumumkan kerjasama dengan HYROX APAC sebagai rakan rasmi syarikat penerbangan serantau, selain turut menjadi penaja utama bagi acara HYROX Osaka 2026 yang akan berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026.
Kerjasama ini menghubungkan salah satu perlumbaan kecergasan yang berkembang paling pesat di dunia dengan rangkaian serantau luas AirAsia, memudahkan para atlet, peminat kecergasan dan penyokong dari seluruh Asia untuk menjadi sebahagian daripada HYROX.
Melalui kerjasama ini, AirAsia berhasrat untuk menginspirasikan lebih ramai individu agar mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif, sambil menjadi sebahagian komuniti global yang berkembang maju dan mementingkan kesihatan. Bagi penyertaan yang lebih berbaloi, AirAsia menawarkan penerbangan eksklusif untuk semua para atlet dan penonton HYROX bagi destinasi tertentu dengan diskaun istimewa bagi memastikan perjalanan lebih lancar untuk menempah penerbangan.
HYROX bukan sekadar sebuah perlumbaan, ia merupakan satu simbol kekuatan, ketahanan dan semangat komuniti yang menyatukan ribuan atlet dari pelbagai peringkat dalam satu arena kecergasan. Seiring dengan pertumbuhan sukan ini di peringkat global, AirAsia berbangga menjadi peneraju dalam menyokong inisiatif ini serta menghubungkan lebih ramai individu dengan pengalaman perjalanan yang bermakna dan berteraskan gaya hidup sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai AirAsia HYROX Osaka 2026, layari https://hyroxjapan.com/event/hyrox-osaka/.