AirAsia lancar chatbot serta laman web dan aplikasi mudah alih berwajah baharu
SEPANG, 28 Januari 2019 - AirAsia hari ini melancarkan laman web dan aplikasi mudah alih berwajah baharu, termasuklah chatbot yang dikenali sebagai AVA (AirAsia Virtual Allstar) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Wajah baharu ini direka untuk kemudahan para tetamu dan bertujuan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar kepada pengguna airasia.com serta pengguna aplikasi mudah alih yang mencecah 3.3 juta pengguna aktif bulanan, untuk menempah penerbangan dan mendapatkan tawaran membeli-belah dalam talian serta sokongan pelanggan.
Ciri-ciri baharu termasuklah:
Halaman utama baharu
Halaman utama komprehensif yang baharu direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan cepat, termasuklah notis penerbangan akan datang, pintasan carian dan carian baharu, pautan kepada tawaran hotel, perjalanan, barangan bebas cukai dan aktiviti menarik, destinasi yang disyorkan dan pautan BigPay, aplikasi kewangan AirAsia.
Chatbot AVA
AVA, chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) kini boleh didapati melalui ciri sembang langsung baharu untuk membalas pertanyaan para tetamu dengan serta-merta. AVA boleh membalas dalam lapan bahasa - Bahasa Inggeris, Malaysia, Thai, Indonesia, Vietnam, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional. AVA dibina oleh pasukan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia (AASET) serta pasukan Kebahagiaan Pelanggan menggunakan teknologi dari Ada, sebuah syarikat berpangkalan di Toronto yang pakar dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Carian penerbangan baharu menggunakan lokasi
Pengguna iOS kini boleh memilih untuk menggunakan peta interaktif yang menunjukkan semua destinasi AirAsia dalam satu halaman. Ciri ini adalah antara yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan.
Pilihan Gabungan Stesen
Juga antara ciri yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan, pengguna iOS kini boleh memilih stesen pelepasan dan ketibaan yang terdekat serta memilih bilangan hentian dan tempoh penerbangan.
Pembantu suara
Selain itu, pengguna iOS kini boleh menyemak status penerbangan akan datang melalui Siri. Untuk menggunakan ciri ini, klik pada pautan “Add to Siri” di bawah Jadual Penerbangan atau Tempahan Saya.
Pendaftaran FACES
Para tetamu kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) di aplikasi mudah alih mereka untuk melepasi sekuriti dan menaiki penerbangan mereka dengan lancar. Hanya klik pada pautan “Akaun Saya” dan “My FACES” untuk mendaftar dengan video wajah anda selama 5 saat.
Ciri-ciri lain
Di samping itu, para tetamu juga boleh mencari tambang terendah menggunakan Kalendar Tambang Rendah, mengumpul Mata Ganjaran BIG dan membuat pembayaran menggunakannya selain menikmati diskaun segera untuk ahli apabila mereka mendaftar masuk.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “Kami amat teruja untuk meraikan tahun baharu ini dengan laman web dan aplikasi baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) serta menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, pantas, intuitif. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman para tetamu kami, dan kami akan menambah ciri pada aplikasi mudah alih pada masa yang akan datang supaya ia bukan sahaja menjadi platform tempahan penerbangan, tetapi teman perjalanan anda. Kami menggalakkan pengguna baharu untuk memuat turun aplikasi percuma ini dari App Store atau Google Play untuk mula menggunakan ciri-ciri ini.”
Para pengguna aplikasi mudah alih AirAsia juga boleh menikmati diskaun sebanyak 19 peratus untuk tempahan melalui aplikasi tersebut bermula 28 Januari hingga 3 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 30 November 2019* dengan menggunakan kod promosi MOBILE19.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Tertakluk kepada terma dan syarat.