AirAsia lancar hab baharu di Cebu, pacu pertumbuhan dan pengembangan rangkaian serantau
Laluan terus dan tambang berpatutan antara Kuala Lumpur dan Cebu dengan dua penerbangan harian
SEPANG, 8 September 2025 – AirAsia hari ini mencatatkan satu pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian serantau dengan melancarkan Cebu sebagai hab baharu di Filipina. Pelancaran ini membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu terhadap pertumbuhan dan kesalinghubungan di seluruh Asean.
Hab baharu ini akan berfungsi sebagai pintu masuk strategik untuk meningkatkan akses antara Filipina dan seluruh Asia, termasuk Malaysia dengan memanfaatkan kedudukan Cebu sebagai salah satu pusat pelancongan dan perniagaan yang berkembang pesat di negara tersebut. Dengan perkembangan ini, AirAsia bakal memperkukuh lagi kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah paling pesat berkembang di Filipina.
Cebu menjadi hab kedua selepas Manila sebagai hab operasi utama bagi AirAsia Filipina (kod penerbangan Z2), membolehkan syarikat penerbangan itu memperluas rangkaian ke lebih banyak destinasi domestik dan antarabangsa. Bagi para pengembara dari Malaysia, langkah ini menawarkan laluan sambungan lebih lancar ke wilayah Visayas dan Mindanao, serta akses lebih mudah ke destinasi percutian popular seperti Bohol, Cagayan de Oro dan Davao.
Penerbangan dari hab ini dijadualkan akan berlepas pada 15 November 2025. AirAsia Filipina akan mengendalikan penerbangan Cebu-Kuala Lumpur-Cebu (14x seminggu), Cebu-Davao-Cebu (18x seminggu), Cebu-Caticlan-Cebu (11x seminggu), Cebu-Iloilo-Cebu (4x seminggu) dan Cebu-Macao-Cebu (3x seminggu).
Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Pembukaan semula hab Cebu menandakan komitmen kukuh Kumpulan AirAsia terhadap Filipina dengan meneroka pintu masuk baharu yang bakal memacu peluang ekonomi besar. Ini membolehkan para pengembara dari bahagian selatan negara tersebut mendapat akses terus ke lebih 130 destinasi merentasi Asean, Asia Utara dan Eropah melalui mega hab kami di Kuala Lumpur. Kami merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan Cebu (MCIA), kerajaan Filipina serta pihak berkepentingan lain atas usaha memastikan kejayaan inisiatif kemunculan semula ini.”
Melalui hab baharu ini, para tetamu AirAsia kini boleh menikmati laluan terus antara Cebu dan hab utama syarikat penerbangan itu di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dengan tambang promosi bermula RM288 termasuk semua* sehala. Selain itu, para pengembara dari Cebu juga dapat mengakses wilayah China dengan tambang mampu milik melalui sambungan terus ke Macao.
Bermula sekarang hingga 21 September 2025, para tetamu boleh menempah penerbangan terus melalui aplikasi MOVE dengan tambang termasuk semua* sehala bermula PHP904 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2025 dan 28 Mac 2026. Tambang promosi ini merangkumi laluan baharu yang dibuka semula dari Cebu, termasuk Iloilo, Caticlan dan Davao.
Terletak di tengah-tengah wilayah Visayas, Cebu merupakan hab utama bagi AirAsia di Filipina, berfungsi sebagai pintu masuk penting ke wilayah tengah dan selatan negara itu. Dengan kesalinghubungan yang lancar ke pulau-pulau indah seperti Bohol, Siquijor dan Dumaguete, Cebu adalah pilihan yang terbaik untuk pengembaraan pulau, menikmati alam semula jadi serta pengalaman menerokai kekayaan warisan yang ditawarkan.
Hab Cebu pada peringkat awal akan mengendalikan penerbangan ke lima destinasi domestik dan antarabangsa dan dijangka akan berkembang dalam beberapa bulan akan datang. Pengembangan ini selari dengan usaha berterusan AirAsia untuk membangunkan strategi pelbagai hab yang lebih kukuh di Filipina sambil memaksimumkan sinergi dengan rangkaian luas AirAsia di Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
*Tambang termasuk semua sehala adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat yang terpakai. Tempoh tempahan bagi tambang ini adalah bermula daripada sekarang hingga 21 September 2025 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2025 dan 28 Mac 2026.