AirAsia lancar Ipoh-Singapura, laluan antarabangsa pertama dari Bandar Bunga Kertas

Free Seats to Singapore from Ipoh.jpg

SEPANG, 1 November 2018 - AirAsia kini melancarkan Ipoh-Singapura, laluan antarabangsa pertamanya dari Bandar Bunga Kertas bermula 2 Disember 2018.

Penerbangan empat kali seminggu dari Ipoh ke Singapura tersebut menandakan laluan kedua AirAsia Malaysia dari ibu negeri Perak selepas melancarkan laluan Ipoh-Johor Bahru pada 1 Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Laluan antarabangsa baharu ini adalah bukti komitmen kami untuk terus memperluaskan hubungan udara ke Ipoh di samping memperkukuhkan lagi rangkaian kami dari Singapura, dan kami positif laluan ini akan menyumbang kepada penambahan jumlah pelawat dari Singapura ke Malaysia dan sebaliknya.”

Beliau menambah: “Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa usaha kerajaan negeri Perak. Justeru, kami ingin berterima kasih di atas sokongan berterusan mereka dan berharap untuk terus bekerjasama dengan mereka bagi inisiatif lain untuk Ipoh pada masa akan datang.”

AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM36* untuk laluan Ipoh-Singapura di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari hari ini sehingga 10 November 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 dan 30 Mac 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual penerbangan untuk Ipoh, Malaysia (IPH) – Singapura (SIN):

Jadual 1 IPH-SIN.jpg