AirAsia lancar laluan baharu ke Ahmedabad, hubungkan para pelancong ke bandar terkenal di India Barat.
SEPANG, 17 Januari 2024 ‒ AirAsia terus mengembangkan rangkaiannya dengan melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad, Bandar Warisan Dunia UNESCO pertama di India.
Laluan baharu ini akan mula beroperasi pada 1 Mei 2024 dan akan meningkatkan rangkaian syarikat penerbangan ini ke India sebanyak 11 laluan ke negara itu. Laluan ini juga merupakan laluan baharu ketiga yang diumumkan pada tahun 2024. Pelancaran laluan ini juga menghubungkan AirAsia ke negeri Gujarat buat pertama kali dari Malaysia, seterusnya memperkukuh kedudukannya di Asia Selatan.
Ahmedabad yang juga dikenali sebagai Amdavad ialah sebuah bandar pesat dan merupakan salah satu pusat tekstil kapas terbesar di India. Ia juga menawarkan pemandangan dengan keindahan tasik, keunikan seni bina kuil, reka bentuk masjid yang mengagumkan dan pelbagai tarikan menarik. Para pelawat juga boleh mengunjungi bandar ini untuk melihat senibina purba pada abad ke-15 di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Shah dengan lebih dekat. Selain itu, ia menawarkan pelbagai juadah dan menawarkan barangan perhiasan.
Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua bermula RM209* sehala dari Kuala Lumpur dan bermula INR7,999* dari Ahmedabad ke Kuala Lumpur. Tambang promosi ini boleh dibuat bermula hari ini hingga 28 Januari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mei 2024 dan 19 Mac 2025 di aplikasi airasia Superapp atau di laman web.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata: "Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran laluan baharu AirAsia ke bandar yang mempesonakan iaitu Ahmedabad. Lebih banyak destinasi menarik yang akan menyusul pada masa akan datang sejajar dengan pengumuman inisiatif kemasukan tanpa visa ke Malaysia bagi warganegara India oleh kerajaan Malaysia. Ahmedabad merupakan sebuah bandar yang kaya dengan tradisi dan warisan menawarkan pelbagai tarikan untuk semua orang dan kami yakin laluan baharu ini akan disambut baik oleh para pengembara yang ingin melihat kemegahan seni bina atau menghayati kepelbagaian budaya tempatan.
"Sejak pelancaran penerbangan pertama kami ke India pada tahun 2008, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesalinghubungan antara kedua-dua negara ini. Malaysia dan India mempunyai banyak destinasi pelancongan yang masih belum diterokai dan kita dapat lihat sektor pelancongan kedua-dua buah negara ini terus berkembang lebih sedekad lalu. Justeru, kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat menerokai pelbagai destinasi menarik yang belum dilawati dengan tambang berpatutan.”
AirAsia kini mengendalikan rangkaian yang kukuh dari Kuala Lumpur ke India, merangkumi bandar-bandar di utara dan selatan seperti Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru dan Kolkata melalui penerbangan jarak dekat AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) serta ke New Delhi dan Amritsar melalui penerbangan jarak sederhana, AirAsia X (kod penerbangan D7). Pada bulan Februari 2024, AirAsia akan memulakan penerbangan ke destinasi menarik yang lain seperti bandar Thiruvananthapuram di negeri selatan Kerala, yang menjadikannya laluan terus kedua ke negeri tersebut selepas Kochi, diikuti oleh Jaipur pada bulan April dan Ahmedabad pada bulan Mei. AirAsia juga menawarkan pilihan perkhidmatan Fly-Thru di mana para tetamu boleh menjadikan Kuala Lumpur sebagai transit ke lebih 130 destinasi AirAsia di 22 negara.
Ikuti segala informasi terkini AirAsia di Instagram @flyairasia.
*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.