AirAsia lancar laman web kerjaya global baharu

Kenyataan Gambar: (Empat dari kiri) Ketua Pegawai Bahagian  People and Culture  Kumpulan AirAsia Varun Bhatia bersama kakitangan AirAsia (Allstars) di majlis pelancaran laman web kerjaya baharu AirAsia sempena acara “People First Day“ di ibu pejabat AirAsia RedQ, Sepang.

Kenyataan Gambar: (Empat dari kiri) Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia bersama kakitangan AirAsia (Allstars) di majlis pelancaran laman web kerjaya baharu AirAsia sempena acara “People First Day“ di ibu pejabat AirAsia RedQ, Sepang.

SEPANG, 29 Mac 2019 - Memilih kerjaya seterusnya kini menjadi lebih menarik kerana AirAsia hari ini memperkenalkan laman web kerjaya global baharu.

Laman web baharu ini menawarkan akses yang lebih cepat dan mudah mengenai proses pengambilan, testimoni Allstar (kakitangan AirAsia), faedah yang ditawarkan, dan budaya kerja syarikat penerbangan yang telah memenangi pelbagai anugerah ini.

Anda juga dapat mengakses lawatan maya ke ibu pejabat global syarikat penerbangan yang ikonik ini, RedQ di Malaysia, dan meneroka lebih banyak peluang kerjaya yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Dunia.

Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia berkata, “AirAsia menerima lebih daripada satu juta permohonan pekerjaan setiap tahun di peringkat global dari calon-calon yang yang ingin mengejar impian kerjaya mereka.

“Laman web kerjaya baharu kami memberikan peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan kami dan kerjaya yang ditawarkan.”

Laman web baharu ini dilancarkan sempena hari “People First Day” AirAsia yang turut diraikan di pejabat-pejabat AirAsia di rantau ini untuk mengetengahkan faedah pekerja, program teknologi, inisiatif pembelajaran dan pembangunan.

Untuk memulakan kerjaya baharu di AirAsia, layari careers.airasia.com.