AirAsia lancar penerbangan istimewa pada tambang rendah tetap ke Sandakan sempena Tahun Baru Cina

SEPANG, 9 Januari 2023 - AirAsia hari ini melancarkan penerbangan istimewa pada tambang rendah tetap antara Kuala Lumpur dan Sandakan sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Tambang Tetap: 

  • RM299 termasuk semua sehala antara Kuala Lumpur dan Sandakan

Tempoh Tempahan: 

  • Dari 9 hingga 26 Jan 2023

Tempoh Perjalanan: 

  • 18-21 Januari dari Kuala Lumpur ke Sandakan

  • 23-26 Januari dari Sandakan ke Kuala Lumpur

Tambang tetap termasuk semua yang tertera adalah untuk penerbangan sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan.