AirAsia lancar rekaan pesawat ‘Asean Lestari’ sempena sambutan Hari Asean

Kenyataan gambar: (Sembilan dari kiri) Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri Thailand Cik Busadee Santipitaks, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dan Penasihat kepada Kementerian Luar Negeri Thailand Encik Vijavat Isarabhakdi bersama seluruh pasukan pengurusan AirAsia pada majlis pelancaran rekaan pesawat AirAsia Asean di Bangkok, Thailand.

Kenyataan gambar: (Sembilan dari kiri) Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri Thailand Cik Busadee Santipitaks, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dan Penasihat kepada Kementerian Luar Negeri Thailand Encik Vijavat Isarabhakdi bersama seluruh pasukan pengurusan AirAsia pada majlis pelancaran rekaan pesawat AirAsia Asean di Bangkok, Thailand.

BANGKOK, 9 Ogos 2019 - AirAsia hari ini melancarkan rekaan pesawat baharu ‘Asean Lestari’ pada pesawat Airbus A320 sempena sambutan Hari Asean di Bangkok, Thailand.

Selain logo Pengerusi Asean, rekaan istimewa pesawat tersebut turut memaparkan ikon-ikon pelancongan Asean, untuk menyokong kerjasama lestari antara AirAsia dan negara-negara Asean serta misi syarikat penerbangan tersebut untuk mencipta sebuah jenama Asean yang dikenali di peringkat global.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh Penasihat Kementerian Luar Negeri Encik Vijavat Isarabhakdi, dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal ASEAN, Kementerian Luar Negeri Thailand Dr. Suriya Chindawonogse, serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang benar-benar Asean kami teruja untuk memaparkan keistimewaan rantau ini di pesawat kami, dan meneruskan komitmen kami dalam membangunkan pelancongan lestari.”

“Kami berharap rekaan pesawat istimewa ini dapat menarik perhatian orang ramai dan memulakan perbualan mengenai kelebihan dan impak pelancongan lestari kepada lebih daripada 650 juta penduduk di Asean.”

AirAsia terus memperjuangkan integrasi Asean melalui sokongan berterusan dalam Dasar Langit Terbuka ASEAN atau pasaran penerbangan tunggal. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau dan domestik, selain meningkatkan peluang perniagaan di rantau Asean melalui pembukaan perjalanan udara di bawah pasaran pengangkutan udara tunggal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Thailand selaku Pengerusi ASEAN 2019, dah berharap untuk terus bekerjasama bagi membangunkan integrasi yang lebih baik dalam pelbagai inisiatif seperti pelancongan lestari.”

Antara usaha-usaha lestari AirAsia yang lain termasuklah mendidik para tetamu mengenai pelancongan lestari, mengumpul dan memisahkan barang-barang kitar semula, mengurangkan kesan karbon dan sisa, membangunkan inisiatif pelancongan berasaskan komuniti seperti JourneyD, dan menggalakkan inisiatif perusahaan sosial di seluruh Asean melalui Yayasan AirAsia.

Pesawat Airbus A320 dengan nombor pendaftaran 9M-AJW tersebut akan berpangkalan di Malaysia, yang mana ia akan terbang ke lebih 50 destinasi di Asean dari Kuala Lumpur. AirAsia juga akan melancarkan rekaan pesawat yang sama pada pesawat Airbus A320 yang akan berpangkalan di Bangkok pada tahun ini.

Sempena sambutan tersebut, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua untuk ahli ke negara-negara Asean dari Kuala Lumpur bermula RM39* sehala. Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 11 Ogos 2019 untuk perjalanan dari sekarang hingga 29 Februari 2020. 

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM45 untuk perjalanan sehala termasuk cukai. Bayar dengan BigPay untuk mendapatkan tempat duduk promosi dengan tambang lebih rendah.