AirAsia lancar tambang penerbangan istimewa ke lebih 130 destinasi menakjubkan di seluruh dunia

Penerbangan ke Indonesia, Australia dan destinasi menarik lain kini boleh ditempah bermula daripada RM69*

Nikmati diskaun 20 peratus bagi pilihan tempat duduk, hidangan pra-tempahan, bagasi 20kg dan banyak lagi!

SEPANG, 20 Mac 2024 - AirAsia melancarkan tambang penerbangan istimewa ke semua destinasinya di seluruh dunia.

Nikmati diskaun ke lebih 130 destinasi seperti Lombok, Da Nang, Phu Quoc dan lain-lain serta terokai beberapa laluan popular oleh AirAsia seperti Bali, Thiruvananthapuram dan pelbagai destinasi lain dengan tambang promosi bermula RM153 termasuk semua* sehala.

Untuk penerbangan lebih jauh di luar Asean, nikmati diskaun ke destinasi menarik seperti Osaka, Taipei, Sydney, Almaty dan banyak lagi dengan AirAsia X bermula RM309 termasuk semua* sehala. Tempah penerbangan sekarang di airasia.com dan AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini hingga 31 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 April 2024 dan 30 November 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam  berkata: “AirAsia berbesar hati untuk meraikan suku pertama tahun 2024 yang penuh pencapaian dengan tambang penerbangan istimewa ke semua destinasi di seluruh dunia. Rangkaian AirAsia kini terus berkembang dan kami ingin memberikan penghargaan kepada jutaan para tetamu yang telah terbang bersama kami selama dua dekad lalu. Kami berbangga untuk menawarkan perjalanan udara yang berpatutan kepada para tetamu kami sepanjang tahun dan merealisasikan impian mereka untuk terbang ke destinasi idaman. Terokai dunia bersama-sama kami dengan tambang berpatutan dan nikmati pengalaman perjalanan yang mengagumkan.”

Bagi perjalanan yang lebih lancar, AirAsia kini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk bagasi daftar masuk, pilihan tempat duduk dan hidangan pra-tempahan oleh Santan. Ikuti maklumat terkini dan promosi AirAsia di Instagram @flyairasia

*Tambang promosi termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.