AirAsia lancar tambang tetap sempena Piala AFF

SEPANG, 6 Januari 2023 - AirAsia mengumumkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand.

Tambang Tetap: 

  • THB5,000 termasuk semua untuk penerbangan pulang dari Bangkok ke Kuala Lumpur

  • MYR500 termasuk semua untuk penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Bangkok

Tempoh Tempahan: 

  • Dari 6 hingga 11 Jan 2023

Tempoh Perjalanan: 

  • 7-8 Jan dari Bangkok ke Kuala Lumpur

  • 10-11 Jan dari Kuala Lumpur ke Bangkok

Tambang termasuk semua untuk penerbangan pulang termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan.

Sila klik di sini untuk pengumuman oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A.