AirAsia lebarkan sayap ke Lucknow, bandar terbesar dan ibu negeri Uttar Pradesh

SEPANG, 19 Jun 2024 ‒ AirAsia terus memperkembang rangkaiannya untuk menghubungkan para tetamu ke lebih banyak destinasi menarik di India dengan pengumuman laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Lucknow.

Laluan baharu ini menandakan laluan terus ke-16 syarikat penerbangan tersebut ke India yang akan memulakan penerbangan pada 13 September 2024 dengan tiga penerbangan mingguan.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tempat duduk promosi dari Kuala Lumpur ke Lucknow bermula daripada RM299* termasuk semua sehala dan INR5999* termasuk semua sehala dari Lucknow ke Kuala Lumpur. Tambang promosi ini boleh ditempah di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini sehingga 30 Jun 2024 untuk tempoh perjalanan antara 13 September 2024 hingga 29 Mac 2025.

Lucknow merupakan ibu negeri Uttar Pradesh yang terkenal dengan sejarah, kepelbagaian budaya dan seni bina unik, menjadikannya destinasi yang harus dikunjungi oleh para pengembara di India. Bandar terbesar di negeri tersebut juga menawarkan pelbagai juadah tempatan yang enak seperti biryani, chole bhature dan banyak lagi.

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Lucknow (LKO):

*Tambang promosi termasuk semua sehala bermula daripada RM299. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.