AirAsia Malaysia luaskan rangkaian dengan pelancaran laluan pertama ke Australia
Menggandakan jumlah penerbangan ke Perth dari Kuala Lumpur dengan tambang rendah bermula RM559 termasuk semua* sehala
SEPANG, 21 November 2023 -AirAsia Malaysia (AK) mengumumkan laluan baharu ke Perth, Australia buat pertama kali sebagai strategi pengembangan rangkaiannya.
Mulai 11 Mac 2024, para tetamu AirAsia boleh menikmati lebih banyak pilihan penerbangan dan tambang bernilai hebat dengan jumlah peningkatan kekerapan penerbangan dari tujuh kepada 14 penerbangan mingguan. Pelancaran laluan ke Perth ini adalah bukti komitmen AirAsia untuk mendemokrasikan perjalanan udara ke pelbagai destinasi, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan laluan pertama ke Australia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (AK). Laluan ini melengkapkan perkhidmatan syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X (AAX) antara Perth dan Kuala Lumpur. Sama seperti kami menyokong perkhidmatan sambungan Fly-Thru AAX dari destinasi jarak sederhana, termasuk dari Australia ke Asean dan lain-lain. Dengan model pesawat baharu yang boleh terbang melebihi empat jam, kami boleh meneroka peluang baharu melalui sambungan ke destinasi yang lebih jauh seperti pesawat model A321neo yang merealisasikan laluan ke Australia.
“Perth merupakan salah satu destinasi popular bagi para tetamu AirAsia, kerana ia menawarkan pengalaman percutian, pelancongan, pelajaran, dan peluang melawat keluarga dan rakan-rakan, serta jaraknya yang dekat dengan Asia Tenggara. Dari 1 Januari hingga 30 Oktober 2023, kira-kira 30,000 tetamu terbang dari Malaysia ke Perth, dengan lima kewarganegaraan utama: Australia, Malaysia, India, China, dan New Zealand. Berikutan permintaan tinggi, ini adalah masa yang tepat untuk kami memperluas rangkaian ke pasaran baharu di Australia Barat. Kami merancang untuk membuka lebih banyak laluan di rantau ini pada masa hadapan.”
Sempena pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Perth bermula daripada RM559 untuk tambang termasuk semua* sehala. Tambang promosi ini boleh ditempah bermula hari ini sehingga 26 November 2023 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 26 Oktober 2024. Hanya klik pada ikon 'Penerbangan' di aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk membuat tempahan.
Jadual Penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dari Kuala Lumpur (KUL) ke Perth (PER)
*Tambang termasuk semua untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.