AirAsia Malaysia rai penerbangan pertama ke Australia dengan pesawat A321neo
SEPANG, 11 Mac 2024 - AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini meraikan pencapaian dalam strategi pengembangannya dengan penerbangan pertama ke Perth, Australia.
Penerbangan pertama AirAsia Malaysia menggunakan pesawat jenis Airbus A321neo telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 2.10 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada hari yang sama pada jam 7:50 petang waktu tempatan dengan muatan 95 peratus. Para tetamu penerbangan AK604 diraikan dengan majlis perlepasan meriah oleh AirAsia.
Bermula pada hari ini, para tetamu AirAsia boleh memilih lebih banyak pilihan penerbangan dengan tambang bernilai hebat berikutan jumlah peningkatan kekerapan penerbangan ke Perth dari tujuh kepada 14 penerbangan mingguan. Pengembangan laluan ke Perth ini adalah bukti komitmen AirAsia untuk mendemokrasikan perjalanan udara ke pelbagai destinasi, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: "Kami berbesar hati untuk melancarkan laluan pertama AirAsia Malaysia ke Perth iaitu salah satu bandar yang sering dilawati di Australia dengan penambahan penerbangan harian untuk melengkapkan perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X (AAX). Melalui penambahan pesawat model baharu A321neo dengan keupayaan penerbangan jarak lebih jauh melebihi lima jam serta kecekapan operasi, kami dapat menjadikan perkhidmatan baharu ini menjadi kenyataan dari Kuala Lumpur supaya lebih ramai pengembara boleh terbang ke Australia dengan tambang berpatutan.”
Perth merupakan destinasi popular bagi rakyat Malaysia dan pelancong seranau kerana ia menawarkan pengalaman percutian, pelajaran dan peluang melawat keluarga dan rakan-rakan, serta jaraknya yang dekat dengan Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan destinasi pelancongan antarabangsa keempat terbesar untuk Australia Barat, di mana ia menyumbangkan sebanyak AUD99 juta kepada sektor pelancongan pada September 2023. Di samping itu, Asia juga merupakan destinasi utama bagi warganegara Australia dalam menerokai pengalaman percutian dan kepelbagaian budaya.
Bagi meraikan pencapaian baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Perth bermula daripada RM299* dan dari Perth ke Kuala Lumpur bermula daripada AUD166* sehala. Tambang ini boleh didapati untuk tempahan mulai hari ini hingga 17 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 Nov 2024. Klik pada ikon 'Penerbangan' di aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai 'airasia Superapp') atau laman web untuk membuat tempahan.
Ikuti maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti AirAsia di Instagram @flyairasia.
Jadual penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Perth (PER) dengan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK):
*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan cai-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.