AirAsia menghubungkan dunia ke Danau Toba

Keterangan gambar: (Dari Kiri) Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim  Indonesia,  Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Be…

Keterangan gambar: (Dari Kiri) Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim  Indonesia,  Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, di majlis pelancaran laluan baharu AirAsia dari Kuala Lumpur - Silangit - Danau Toba.

JAKARTA, 2 Ogos 2018 - AirAsia kini memperluaskan rangkaiannya di Asean dengan melancarkan penerbangan empat kali seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) ke Lapangan Terbang Silangit di Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia, bermula 28 Oktober 2018.

Lapangan Terbang Silangit merupakan pintu utama ke Danau Toba yang indah, tasik gunung berapi terbesar di Asean dan salah satu tasik yang paling indah di dunia.

Destinasi baharu tersebut telah diumumkan pada sidang akhbar di Jakarta yang dihadiri oleh tetamu kehormat, termasuklah Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim; Pramintohadi Sukarno, Pemangku Ketua Pengarah Pengangkutan Udara; dan juga Judi Rifajantoro, Kakitangan Khas Menteri Pelancongan bagi Infrastruktur Pelancongan, bersama-sama Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata: “Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami berusaha untuk menghubungkan lebih ramai tetamu ke pelbagai destinasi di rantau ini. Perkhidmatan baharu kami dari Kuala Lumpur ke Silangit adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong kerajaan Indonesia dalam membangunkan 10 destinasi pelancongan utama, termasuklah Danau Toba.

“Kami bukan sahaja menghubungkan para tetamu ke khazanah tersembunyi Indonesia, malah kami juga melabur untuk membangunkan sektor pelancongan yang lestari. Kakitangan kami akan bekerja dengan lebih dekat bersama pihak berkuasa tempatan dan komuniti untuk memelihara keindahan alam Danau Toba melalui inisiatif hijau. Ini adalah komitmen kami untuk membawa para tetamu mendekati tempat-tempat pelancongan terbaik di Indonesia sambil memastikan kelestarian destinasi tersebut.”

Beliau menambah: “Kami sentiasa bercita-cita untuk membawa tetamu dari seluruh dunia ke Danau Toba melalui hab kami di Kuala Lumpur, dan kami memuji kerajaan Indonesia kerana membina pelbagai infrastruktur untuk meningkatkan kedatangan pelancong. Sebelum Silangit, tetamu yang ingin melawat ke Danau Toba terpaksa menaiki bas selama enam jam dari Medan. Hari ini, mereka boleh terbang terus ke Silangit dan melawat Lake Toba hanya dalam satu jam. Selain membina lapangan terbang baharu, kerajaan Indonesia juga menjadikan Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebagai terminal syarikat penerbangan kos rendah. Kami percaya ini adalah satu langkah yang betul dan kami akan terus menyokong Kementerian Pelancongan sepenuhnya untuk mencapai sasaran 20 juta orang pelancong menjelang tahun 2019.”

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Luhut Pandjaitan mengalu-alukan pembukaan laluan tersebut, dan berharap ia dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke Danau Toba, yang telah dikenalpasti sebagai salah satu destinasi pelancongan terpenting di Indonesia.

Beliau berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Silangit. Kami sedang menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Silangit dan menambah jarak landasan dari 2,650 meter hingga 3,000 meter. Kami juga memperluaskan bahagian apron dan terminal untuk menampung lebih banyak pesawat dan lebih ramai penumpang. Kami berharap laluan baharu ini akan memberi manfaat kepada ekonomi dan komuniti tempatan.”

AirAsia kini menawarkan tambang pengenalan istimewa untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Silangit daripada RM39.10*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula 2 Ogos hingga 12 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 28 Oktober 2018 hingga 29 Mac 2019. Ahli BIG pula dapat menikmati yuran pemprosesan sifar apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Silangit dengan hanya 10 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja).

Selain Silangit, AirAsia juga terbang ke 15 destinasi lain di Indonesia seperti akarta, Lombok, Pekanbaru, Surabaya, Bali, Medan, Padang, Semarang, Banda Aceh, Pontianak, Yogyakarta, Palembang, Bandung, Makassar dan Solo.

Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, Danau Toba semestinya menambat hati pencinta alam. Mulakan hari anda dengan menikmati pemandangan matahari terbit di tebing tasik, kemudian nikmatilah danau yang tenang atau bersiar-siar dengan kayak. Peminat fotografi pula jangan lepaskan peluang bergambar di Bukit Indah, Nantampukmas Sidiangkat atau Sapo Juma Tongging.

Untuk aktiviti lain, kunjungi kampung Batak yang didiami oleh penduduk etnik tempatan, nikmati air terjun tertinggi di Indonesia Air Terjun Sipisopiso, daki Gunung Berastagi atau berendam di kolam air panas di Sipoholon Hot Spring. Jangan lupa juga untuk melawat pantai yang indah seperti Sibolga, Pantai Bulbul, Pantai Bebas Parapat, Pantai Silalahi dan Pulau Samosir.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jaduan Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Silangit - Lake Toba, Indonesia (DTB):

Table 2.jpg
News, Malaysia, EnglishM AJakarta