AirAsia menghubungkan Kuala Lumpur ke bandar terbesar di delta Sungai Mekong Vietnam, Can Tho

0001.jpg

SEPANG, 29 Januari 2019 - AirAsia bakal terbang ke bandar terbesar di delta sungai Mekong Vietnam, Can Tho, dengan kekerapan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur bermula 8 April 2019.

Laluan baharu dari Kuala Lumpur ini merupakan perkhidmatan antarabangsa berjadual pertama yang beroperasi ke bandar keempat terbesar di Vietnam tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan Can Tho dan memperluaskan rangkaian kami di Vietnam dengan laluan keenam dari Malaysia. Sebagai kumpulan penerbangan asing yang terbesar dari segi kapasiti di Vietnam, kami juga teruja untuk menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang terus ke Can Tho dari Malaysia. Kami menjangkakan laluan baharu ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi bandar tersebut, tetapi juga menyediakan peluang baharu untuk rakyat di delta sungai Mekong untuk berhubung dengan Asean serta rangkaian kami.”

Selain Can Tho, AirAsia Malaysia juga menghubungkan para tetamu ke Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi, Nha Trang dan Phu Quoc di Vietnam dengan 85 penerbangan sehala seminggu.

Untuk meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM36* dari 29 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 8 April 2019 dan 25 Oktober 2019, dan boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Terletak di selatan tebing Sungai Hau, Can Tho terkenal dengan pasar terapung, kertas tepung, desa pembuatan tembikar dan terusan luar bandar yang indah. Tuurt dikenali sebagai “Emas Putih Vietnam” kerana tanahnya yang subur, Can Tho juga merupakan pengeluar pertanian terbesar di delta sungai Mekong.

Antara tempat yang harus dilawati termasuklah Jambatan Can Tho, jambatan kabel terpanjang yang paling lama di Asean; Ninh Kieu Wharf, tempat yang popular untuk menyaksikan matahari terbenam; Rumah Binh Thuy, rumah dengan rekaan Perancis yang dibina pertama kali pada tahun 1870 sebagai tempat beribadat untuk Keluarga Duong yang telah dipulihkan pada awal abad ke-20; dan Pasar terapung Cai Rang, pasar terapung yang paling popular di bandar ini.

Para pelawat juga boleh menikmati bun rieu cua, mi sup ketam berasaskan tomato dan ladu; com ga cam ky, nasi ayam kukus; banh trang tron, mi beras yang dimasak dengan kacang tanah, herba, udang kering, daging kering, telur burung puyuh, mangga cincang dan sos pedas manis; dan bap xao bo, jagung goreng dengan marjerin, bawang hijau dan udang kering.

 Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

 Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Can Tho, Vietnam (VCA)

Table 2 VCA.jpg

* Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, News, EnglishM ASepang