AirAsia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan khidmat pelanggan palsu
SEPANG, 16 Mac 2026 – AirAsia ingin mengingatkan semua para tetamu serta orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan khidmat pelanggan syarikat penerbangan palsu yang tular di media sosial.
Peringatan ini susulan penyebaran hantaran dalam talian yang memaparkan nombor telefon yang didakwa palsu sebagai talian rasmi khidmat pelanggan AirAsia. AirAsia mengesahkan nombor tersebut tiada kaitan dengan syarikat penerbangan dan disyaki sebahagian daripada penipuan yang mensasarkan pelancong yang memerlukan bantuan berkaitan tempahan mereka.
AirAsia menasihati orang ramai agar tidak menghubungi nombor khidmat pelanggan daripada sumber tidak disahkan, berhati-hati dengan pautan yang diterima melalui WhatsApp atau platform mesej lain, dan tidak berkongsi maklumat peribadi, nombor rujukan tempahan, atau butiran pembayaran dengan pihak yang identitinya tidak dapat disahkan.
AirAsia juga ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak menyediakan khidmat pelanggan melalui panggilan telefon. Semua perkhidmatan sokongan hanya melalui kecerdasan buatan iaitu AskBo, platform sokongan digital AirAsia. Tetamu boleh mengakses AskBo melalui aplikasi AirAsia MOVE atau platform digital rasmi AirAsia untuk mendapatkan bantuan berkaitan tempahan penerbangan, perubahan jadual, maklumat perjalanan, dan perkhidmatan lain secara pantas dan selamat.
AirAsia menggalakkan para pelancong sentiasa mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi AirAsia, termasuk laman web syarikat dan akaun media sosial yang disahkan, terutamanya sepanjang tempoh perjalanan puncak Hari Raya.
Syarikat penerbangan terus memantau penyebaran maklumat mengelirukan dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan yang berpotensi, terutamanya sepanjang tempoh perjalanan sibuk musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbangan, pelanggan digalakkan melayari www.airasia.com atau menggunakan aplikasi AirAsia MOVE.