AirAsia mulakan penerbangan harian ke Kuantan

AC20181028_KuantanFlight-0466.jpg

KUANTAN, 28 Oktober 2018 - AirAsia terus meluaskan rangkaian domestiknya melalui permulaan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada hari ini.

Penerbangan sulung AK6230 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 7:05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada jam 7:55 pagi.

Kuantan adalah destinasi AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke-17 selain Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Ipoh, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.


Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Malaysia, News, EnglishM AKuantan