AirAsia perkukuh kesalinghubungan Asean dengan laluan baharu Penang–Phuket

Empat penerbangan secara mingguan antara kedua-dua destinasi dengan tambang promosi khas bermula daripada RM179 termasuk semua sehala*

SEPANG, 8 Disember 2025 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini mengumumkan pengukuhan rangkaian Asean nya dengan pelancaran laluan baharu yang menghubungkan Penang ke Phuket.

Penang merupakan salah satu hab pelancongan perubatan terkemuka di Malaysia dan pintu masuk pelancongan utama di Asia Tenggara yang menawarkan hospital bertaraf dunia bersama warisan kaya dan budaya makanan yang pelbagai. Phuket pula diiktiraf di peringkat global dengan keindahan pantainya, pusat kesihatan serta tarikan gaya hidup yang dinamik. Pelancaran baharu Penang–Phuket ini menghubungkan kekuatan saling melengkapi kedua-dua destinasi bagi mewujudkan koridor pelancongan santai dan perubatan yang menarik di mana ia menawarkan para tetamu kemudahan, fleksibiliti dan pilihan yang lebih luas sambil menyokong permintaan sepanjang tahun serta aktiviti ekonomi secara dua hala.

Sektor pelancongan perubatan Penang terus menunjukkan momentum kukuh dengan merekodkan lebih 200,000 pesakit asing dan hampir RM500 juta setakat Ogos 2025 dengan ketibaan pelancong antarabangsa meningkat secara berterusan sejak 2023 yang diterajui oleh Indonesia, China dan Thailand. Pertumbuhan ini juga membuktikan pola perjalanan serantau yang lebih luas serta Malaysia sebagai sumber utama ketibaan pelancong asing ke Thailand dengan lebih empat juta rakyat Malaysia melawat negara itu setakat November tahun ini sekali gus mengukuhkan lagi potensi dan kepentingan peningkatan kesalinghubungan antara kedua-dua destinasi tersebut.

Dengan empat penerbangan tambahan setiap minggu antara Malaysia dan Thailand, syarikat penerbangan ini terus mengembangkan laluan keduanya ke Thailand dari hab Penang, seterusnya memperkukuh perjalanan yang lancar dan menawarkan lebih banyak pilihan melalui rangkaiannya yang menghubungkan lebih 130 destinasi di Asean dan seterusnya.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, CEO AirAsia Malaysia, berkata: “Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kami tetap komited untuk menyokong aspirasi pelancongan negara dengan memperkukuh kesalinghubungan kemasukan ke destinasi tempatan utama. Thailand sentiasa tersenarai antara lima sumber pelancong asing teratas ke Penang dan pada 2025 sahaja, kami telah membawa hampir 200,000 tetamu antara Penang dan Bangkok. Dengan pelancaran laluan baharu Penang–Phuket, trafik pelancong masuk dan keluar akan meningkat dan AirAsia terus memperkukuh peranannya dalam memacu pertumbuhan pelancongan dari pasaran penting ini. Ini adalah masa yang tepat bagi para pengembara dari Penang untuk menikmati rangkaian tambahan dengan penerbangan terus ke Phuket serta destinasi popular lain di Thailand.”

YB Wong Hon Wai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, berkata: “Perkhidmatan AirAsia Penang–Phuket tiba pada masa yang sangat tepat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026. Memperkukuh hubungan dengan destinasi serantau seperti Phuket bukan sahaja memudahkan perjalanan, malah dapat memacu aktiviti pelancongan, kesihatan dan perniagaan sepanjang tahun. Laluan baharu ini akan membawa impak ekonomi yang positif kepada Penang serta mengeratkan lagi hubungan kukuh antara Malaysia dan Thailand.”

Sebagai salah satu daripada lima hab utama AirAsia di Malaysia, Penang menawarkan sambungan terus ke 12 bandar domestik dan antarabangsa termasuk Singapura, Jakarta, Ho Chi Minh City, Medan dan Shenzhen. Dengan laluan baharu Penang–Phuket, kini menawarkan kepada pelancong Thai dari Phuket serta pengembara di seluruh Asean pilihan perjalanan yang lebih mudah, mampu milik dan lancar. Pengembangan ini memperkukuh peranan Penang sebagai hab serantau utama dan menyokong usaha negeri untuk meningkatkan pelancongan serta aktiviti ekonomi dengan menawarkan keindahan pantai yang terkenal, makanan yang pelbagai, warisan budaya, kemudahan perubatan dan aktiviti yang menarik.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi khas dari Penang ke Phuket bermula daripada RM179  termasuk semua sehala*. Penerbangan dari Phuket ke Penang pula bermula daripada dari THB1,690 termasuk semua sehala*. Promosi kini tersedia untuk tempahan mulai hari ini sehingga 21 Disember 2025, untuk tempoh perjalanan antara 13 Mac hingga 24 Oktober 2026, eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com.

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala dan merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.