AirAsia perkukuh komitmen terhadap Indonesia dengan pelancaran empat laluan baharu dan sejumlah 66 penerbangan setiap minggu dari Malaysia
Sambung semula perkhidmatan ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru
Lancar perkhidmatan baharu dari Pulau Pinang ke Denpasar
BANDA ACEH, 3 Oktober 2022 – AirAsia Malaysia (AK) terus memperkukuh komitmennya terhadap Indonesia dengan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2022; serta melancarkan perkhidmatan baharu ke Bali (Denpasar) dari Pulau Pinang bermula 20 Oktober tahun ini.
Penyambungan semula laluan ini adalah bukti kukuh komitmen AirAsia kepada kerajaan tempatan wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Riau, untuk membuka perkhidmatan antarabangsa dari lapangan terbang wilayah utama mereka. Perkhidmatan ini juga adalah berikutan permintaan kukuh oleh masyarakat tempatan dari kedua-dua negara yang berkongsi persamaan budaya dan hubungan kekeluargaan serta akan meningkatkan pelancongan dan ekonomi kreatif di wilayah tersebut.
Sempena meraikan penyambungan semula perkhidmatannya ke Indonesia, AirAsia hari ini mengalu-alukan penerbangan AK421 dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh bersama-sama delegasi yang diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Bakar, Pengarah Bukan Eksekutif Capital A. Penerbangan tersebut disambut oleh wakil kerajaan tempatan, dengan persembahan tradisional yang menarik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Indonesia ialah pasaran utama AirAsia dan kami berbesar hati untuk kembali terbang ke negara itu dengan melancarkan empat laluan baharu dengan tambahan lapan penerbangan mingguan, selain daripada enam laluan sedia dengan jumlah 66 penerbangan setiap minggu ke lapangan terbang Indonesia pada bulan ini. Kami juga amat berterima kasih atas sokongan padu daripada Kerajaan Republik Indonesia dan kerajaan wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Riau atas sokongan mereka dalam pembukaan semula laluan ini dan banyak lagi.
“Sebagai kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian luas di Asean dan Asia Pasifik, bersama syarikat penerbangan AirAsia Indonesia, kami akan terus memainkan peranan dalam membawa pelancong terus ke pelbagai bandar popular dan bandar kedua di Indonesia dan Malaysia.
“Kami teruja untuk menyambung semula bandar-bandar ini ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, membawa pelancong dari Malaysia, menghubungkan semula keluarga, dan para usahawan. Kami yakin perkhidmatan baharu ini akan memberi impak positif kepada masyarakat tempatan melalui perbelanjaan pelancongan dan meningkatkan peluang pekerjaan.”
Penerbangan Kuala Lumpur-Banda Aceh, Kuala Lumpur-Padang, Kuala Lumpur-Pekanbaru dan Pulau Pinang-Bali kini tersedia untuk tempahan bermula dari RM189 untuk tambang termasuk semua* sehala di airasia Super App, ejen pelancongan konvensional dan dalam talian (OTA).
AirAsia Malaysia kini menerbangkan sebanyak 10 laluan ke Indonesia. Dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Bali, Medan, Makassar, Yogyakarta, Padang, Pekanbaru dan Banda Aceh, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Bali dengan rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan ke destinasi sedia ada dan baharu selaras dengan permintaan kukuh pada masa hadapan.
Jadual Penerbangan AirAsia Malaysia dari Kuala Lumpur ke Padang, Banda Aceh, Pekanbaru dan dari Pulau Pinang ke Denpasar:
Para tetamu dinasihati untuk memastikan mereka memenuhi keperluan perjalanan terkini yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan perjalanan ke Indonesia, sila layari halaman ini.
Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi, ikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini.
*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.