AirAsia perkukuh pasaran China di Malaysia dengan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Wuhan

SEPANG, 2 Mac 2026 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) mengukuhkan kedudukannya sebagai penerbangan tambang rendah terkemuka dengan kesalinghubungan udara yang mampu milik antara Malaysia dan China dengan penyambungan semula penerbangan Kuala Lumpur-Wuhan, seterusnya menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan syarikat penerbangan ini ke Asia Timur.

Seiring dengan permintaan perjalanan antara Malaysia dan China yang terus pulih dengan kukuh, AirAsia secara berperingkat sedang membina semula dan mengembangkan rangkaian laluan ke China, mengaktifkan semula laluan-laluan utama bagi memenuhi pertumbuhan permintaan penumpang sambil mengukuhkan peranan Kuala Lumpur sebagai hab serantau yang strategik. Penyambungan semula laluan Wuhan membuktikan keyakinan terhadap pasaran China dan komitmen jangka panjang AirAsia untuk mengekalkan penguasaan pasaran tertinggi hampir 30 peratus, di kalangan syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia yang beroperasi ke China.

Bermula 22 Mei 2026, AirAsia akan mengendalikan empat penerbangan secara mingguan antara Kuala Lumpur dan Wuhan, menyambungkan semula Malaysia dengan salah satu pusat ekonomi dan pendidikan terpenting di China Tengah. Laluan ini dijangka merangsang perjalanan untuk tujuan riadah, perniagaan dan pendidikan sambil meningkatkan kesalinghubungan dari Kuala Lumpur ke Asean, Australia, serta destinasi utama lain dalam rangkaian AirAsia yang merangkumi lebih 150 destinasi.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengurus Besar AirAsia Malaysia, berkata: “China sentiasa menjadi pasaran kukuh bagi AirAsia dan hari ini kami berbangga untuk membuktikan semula kedudukan kepimpinan kami dengan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Wuhan. Kami telah melancarkan laluan ini pada 2017, ia mencatatkan permintaan dua hala yang kukuh dengan purata faktor muatan penumpang melebihi 80 peratus, menunjukkan potensi pasaran yang kukuh. Dengan kembalinya laluan ke Wuhan, kami bukan sahaja memulihkan rangkaian ini tetapi juga mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas dari segi kapasiti antara Malaysia dan China. Ini turut membuktikan keyakinan kami terhadap pertumbuhan permintaan yang berterusan serta komitmen kami untuk menyokong aliran pelancongan, hubungan perdagangan dan hubungan antara rakyat dan  kedua-dua negara.

Bagi meraikan penyambungan semula laluan ini, AirAsia akan menawarkan tambang promosi termasuk semua sehala bermula daripada RM399* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wuhan, manakala penerbangan dari Wuhan ke Kuala Lumpur boleh ditempah bermula daripada CNY608 termasuk semua sehala*. Tempahan kini boleh dibuat mulai hari ini sehingga 15 Mac 2026, bagi tempoh perjalanan antara 22 Mei 2026 dan 24 Oktober 2026. Tambang promosi ini eksklusif hanya melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com.

Wuhan merupakan salah satu pusat ekonomi, pengangkutan dan pendidikan terpenting di China Tengah. Sebagai pusat komersial utama dengan pasaran pengguna yang berkembang pesat, bandar ini memainkan peranan penting dalam perdagangan dan inovasi serantau, juga berfungsi sebagai pintu masuk ke destinasi sekitarnya. Dengan persekitaran perniagaan yang dinamik, warisan budaya yang kaya dan tarikan pelancongan yang semakin berkembang, Wuhan terus menarik permintaan yang meningkat bagi perjalanan riadah dan perniagaan.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Wuhan (WUH):

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.