AirAsia perkukuh perkhidmatan dengan pelancaran semula tujuh destinasi antarabangsa di China
AirAsia Malaysia (AK) terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab
AirAsia X Malaysia (D7) hubungkan semula Kuala Lumpur ke tiga destinasi di China
SEPANG, 13 Februari 2023 - AirAsia terus memperkukuh perkhidmatan penerbangan dan bersedia untuk terbang lebih tinggi dengan pelancaran semula tujuh destinasi antarabangsa di China.
AirAsia Malaysia (AK) bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab - Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan, dengan rancangan untuk meningkatkan kekerapan sehingga 27 penerbangan mingguan pada bulan Mac. Penerbangan pertama ke/dari China dimulakan semula pada 10 Februari 2023 lalu ke/dari Guangzhou dengan faktor muatan tinggi untuk penerbangan dua hala.
Melengkapi penyambungan semula destinasi jarak dekatnya, AirAsia X Malaysia (D7) akan menyambung semula laluan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan 10 penerbangan mingguan bermula 1 Mac 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “China ialah pasaran penting untuk Kumpulan AirAsia, di mana kami merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa terbesar mengikut kapasiti pra-pandemik. Berdasarkan faktor muatan tinggi bagi penerbangan sulung kami ke/dari Guangzhou pada minggu lalu, permulaan semula perkhidmatan kami bukan sahaja akan memberikan nilai dan akses yang lebih baik kepada pengembara yang membuat perjalanan penting dari Malaysia dan pelancong dari China malah akan meningkatkan pertumbuhan pelancongan, perdagangan dan ekonomi di kedua-dua buah negara dengan ketara.”
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail berkata: “China akan menjadi tumpuan pasaran utama kami seterusnya dalam pada kami memperkukuh strategi pertumbuhan melalui pelancaran laluan paling popular dan menguntungkan. Kami telah menyaksikan kejayaan yang luar biasa dengan perkhidmatan ke China pra-pandemik di mana kami membawa lebih 1.8 juta tetamu ke/dari China pada tahun 2019 sahaja. Kami percaya permulaan semula perkhidmatan ke China ini akan menjadi popular untuk pengembara perniagaan, pelajar antarabangsa, para tetamu yang melawat keluarga serta merangsang permintaan serantau antara dua pasaran besar melalui tambang rendah dan perkhidmatan bernilai tinggi.”
Memandangkan kemasukan ke China pada masa ini terhad kepada visa tertentu sahaja, para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Untuk keperluan perjalanan ke China, sila rujuk di sini.
AirAsia Malaysia (AK) menawarkan tambang termasuk semua* untuk pengembara yang membuat perjalanan penting daripada RM151 sehala dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macau, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming. Terbang lebih jauh dengan AirAsia X Malaysia (D7) dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan tambang termasuk semua daripada RM899 sehala untuk tempat duduk Ekonomi atau RM2,199 untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur dan China:
Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu dan China:
*Tambang termasuk semua sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 19 Feb 2023 untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 26 Mac 2023.