AirAsia perluas rangkaian dari Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan baharu ke Manado di Sulawesi Utara
SEPANG, 5 Jun 2024 - AirAsia terus memperluas rangkaian dari Kota Kinabalu ke rantau ini dengan pelancaran laluan baharu ke Manado, Indonesia.
Selepas pelancaran laluan ke Jakarta, laluan baharu ini menandakan laluan kedua syarikat penerbangan itu dari Sabah ke Indonesia yang akan mula beroperasi pada 1 September 2024 dengan tiga penerbangan mingguan.
Dengan pelancaran laluan ke Manado, AirAsia akan mengendalikan 13 laluan antarabangsa dengan 83 penerbangan mingguan dari/ke Kota Kinabalu mulai bulan September 2024.
Sempena pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk Percuma* dari Kota Kinabalu ke Manado bermula daripada RM139 termasuk semua sehala dan daripada IDR 468,020 dari Manado ke Kota Kinabalu termasuk semua sehala.
Penerbangan ini kini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 16 Jun 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2024 hingga 28 Mac 2025.
Manado merupakan ibu kota Sulawesi Utara yang terkenal dengan tarikan lautan dan gunung-ganang yang menakjubkan. Pengunjung boleh menyelam di Taman Laut Bunaken yang terkenal untuk melihat terumbu karang berwarna-warni dan pelbagai kehidupan lautan. Bagi pencinta alam, Gunung Klabat menawarkan pemandangan panorama menakjubkan. Bandar ini juga mempunyai tapak budaya dan warisan seperti Kuil Ban Hin Kiong dan hidangan tradisional seperti Bubur Manado Tinutuan. Manado menawarkan pengembaraan, budaya, dan keindahan semula jadi untuk semua.
Jadual penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Manado (MDC):
*Tempat Duduk Percuma adalah untuk TAMBANG ASAS sahaja. Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada RM139/IDR468,020, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.