AirAsia perluas rangkaian ke Indonesia dengan laluan ke-20, menghubungkan Kota Bharu ke Jakarta
SEPANG, 10 Mac 2026 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini mengumumkan pengembangan rangkaian ke Indonesia dengan pelancaran laluan ke-20 yang menghubungkan Kota Bharu ke Jakarta.
Bermula 16 Jun 2026, syarikat penerbangan ini akan mengendalikan empat penerbangan mingguan antara Kota Bharu dan Jakarta, mengukuhkan hubungan antara pantai timur di Malaysia dan Indonesia. AirAsia akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan laluan antarabangsa ini antara Kota Bharu dan Indonesia pada separuh kedua tahun ini, dan dijangka dapat meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa serta menyokong usaha negeri Kelantan dalam mengembangkan sektor pelancongan dan pelancongan perubatan.
Pelancaran laluan baharu ini menyokong matlamat Kelantan untuk menarik 12 juta pelancong domestik dan antarabangsa tahun ini, berikutan kira-kira 11 juta ketibaan pelawat tahun lalu, hampir 90% daripadanya pelancong domestik. Ia juga selari dengan sasaran menyambut 4.6 juta pelawat Indonesia dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sementara kerajaan Indonesia menyasarkan 16–17.6 juta ketibaan pelancong asing tahun ini.
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengurus Besar AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbesar hati melancarkan laluan baharu ini, pada masa yang tepat untuk merancakkan lagi destinasi pantai timur dengan lebih ramai pelancong antarabangsa. Apabila Kelantan berkembang dalam sektor pelancongan perubatan, khususnya mensasarkan Indonesia dan negara jiran, hubungan udara yang lebih kukuh menjadi sangat penting. Disokong oleh hospital pakar swasta yang menawarkan rawatan berkualiti pada harga kompetitif, negeri ini bersedia menarik lebih banyak perjalanan perubatan merentas sempadan.”
AirAsia terus menerajui laluan udara antara Malaysia dan Indonesia dengan mengendalikan lebih daripada 370 penerbangan mingguan. Hanya pada tahun 2025, syarikat penerbangan ini telah menerbangkan hampir tiga juta penumpang antara kedua-dua negara. Laluan baharu Kota Bharu–Jakarta dijangka akan terus merancakkan sektor pelancongan sambil mengukuhkan hubungan ekonomi dan penjagaan kesihatan antara Malaysia dan Indonesia.”
Kota Bharu dan Jakarta secara semula jadi dikenali melalui warisan budaya Melayu-Islam yang dikongsi bersama, tradisi yang kaya dan lokasi geografi yang strategik. Kota Bharu terkenal dengan kraf tangan seni tempatan, khazanah kulinari dan suasana pantai yang indah, manakala Jakarta adalah sebuah ibu kota yang sibuk dan pusat ekonomi bagi Indonesia. Gabungan unik ini mewujudkan peluang yang unik untuk pertukaran budaya, kerjasama pelancongan, perdagangan, serta menghubungkan kedua-dua bandar melalui penerbangan secara terus dan perkembangan perkongsian ekonomi, sekali gus mengukuhkan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.
Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa untuk penerbangan dari Kota Bharu ke Jakarta bermula daripada RM199* untuk termasuk semua sehala. Penerbangan dari Jakarta ke Kota Bharu juga boleh didapati bermula daripada IDR709,000* termasuk semua sehala. Tambang istimewa ini boleh ditempah mulai hari ini sehingga 22 Mac untuk tempoh perjalanan antara 16 Jun 2026 dan 27 Mac 2027, secara eksklusif melalui aplikasi AirAsia MOVE dan laman web airasia.com.
Jadual Penerbangan antara Kota Bharu (KBR) dan Jakarta (CGK):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.