AirAsia perluas rangkaian Malaysia-Indonesia dengan laluan terus ke Labuan Bajo
SEPANG, 4 Julai 2024 – AirAsia terus memperluas rangkaian antara Malaysia dan Indonesia dengan laluan terus ke-21 di bawah kumpulan penerbangannya antara kedua-dua buah negara. Laluan baharu ini dengan tiga penerbangan mingguan menandakan penerbangan antarabangsa pertama AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke Labuan Bajo, Indonesia.
Bagi meraikan laluan baharu yang akan bermula pada 3 September 2024, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM179 dan IDR469 termasuk semua sehala dari Labuan Bajo ke Kuala Lumpur.
Penerbangan ini boleh ditempah di AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com dari sekarang sehingga 14 Julai 2024 untuk tempoh perjalanan antara 3 September 2024 dan 29 Mac 2025.
AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini terbang ke 13 laluan di Indonesia dari Kuala Lumpur ke Kertajati, Banda Aceh, Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Padang, Pekanbaru, Makassar, Yogyakarta, Surabaya dan Balikpapan; serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Medan.
Manakala, AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ) terbang ke 11 laluan di Malaysia dari Jakarta ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching; Bali ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu; Medan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang; Lombok ke Kuala Lumpur; serta dari Surabaya ke Johor Bahru.
Labuan Bajo dahulunya sebuah tempat memancing kini telah berkembang menjadi destinasi menarik untuk diterokai bagi para pengembara yang ingin menikmati keindahan semula jadi dan kekayaan budaya. Ia merupakan pintu masuk ke Taman Nasional Komodo yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, tempat tinggal bagi biawak Komodo. Ia juga dikenali dengan Pantai Merah Jambu yang dinamakan sempena warnanya dan merupakan salah satu dari tujuh pantai seumpamanya di dunia. Selain itu, Labuan Bajo juga memiliki lanskap menakjubkan dengan air jernih serta terumbu karang hidup yang menarik minat para pengembara yang mencari pengalaman pelancongan unik, aktiviti menyelam dan pulau-pulau indah.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Labuan Bajo (LBJ):
*Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan Tambang promosi bermula daripada RM179/IDR469 termasuk semua sehala. Tertakluk pada terma dan syarat lain.